Pages

Thursday, March 22, 2012

Isu Semasa 7 ~ 22 Mac 2004, Perginya Seorang Syahid



Hari ini, 22 MAC 2012 genaplah
lapan tahun pemergian Murabbi
yang sentiasa berada dalam hati
kita iaitu Syeikh Ahmad Yasiin
yang menemui kesyahidan pada
22 MAC 2004 ketika pulang
daripada menunaikan solat subuh
di Masjid..Beliau diserang dengan
3 butir peluru berpandu yang
dimuntahkan daripada Helikopter
Israel Laknatullah.
Al-Syahid Syeikh Ahmad Yassin
antara Murabbi yang cukup hebat
dan kuat ibadah seperti solat
Tahajjud ,membaca al-Quran dan
Dhuha juga semangat juangnya
walaupun beliau berada atas
kerusi roda dan beberapa waktu
kehidupannya beralaskan simen
dan berpintu jeriji besi.
Beliau juga sangat berdispilin
dengan ilmu. Antaranya, beliau
menggemari Kitab Bidayah Wal
Nihayah karangan Imam Ibnu
Kathir Rahimahullah dan selalu
meminta anak muridnya untuk
menguji ingatan dan hafalannya
terhadap isi kandungan kitab
tersebut di waktu hayatnya.
Inilah antara tubuh kecil yang
begitu ditakuti oleh Israel
sehingga diserang secara senyap-
senyap menggunakan mesin
perang.
Al-Fatihah buat As-Syahid Murabbi
Syeikh Ahmad Yasiin
Rahimahullah...





Monday, March 19, 2012

Tinta 7 ~ Program April

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Mac akan meninggalkan kita tidak lama lagi, maka akan datang bulan April dengan segan silu. Itulah lumrah kehidupan kita. Tanpa kita meminta, dia datang memberi.

Moga setiap pemberian hari demi hari ini, kita manfaatkan supaya yang kosong hari semalam diisi pada hari ini.I.Allah.

 Ingin saya kongsikan dengan pembaca berkaitan pepatah melayu kita " hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok mesti lebih baik dari hari ini ".

Pada hujung april nanti, saya bersama Exco Rohani dan Exco Pendidikan PMMM(persatuan mahasiswa malaysia morocco) diberi tugas untuk mengadakan satu program sehari suntuk bersempena kedatangan Dr Maszlee Malik ke sini.

Semoga apa yang dirancang turut serta dalam perancangan Allah. kerana kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancangan.

walaupun sejuk, hazbullah(Ketua Exco Pendidikan)
mampu berganding bahu

Gambar Hiasan






Saturday, March 17, 2012

Isu Semasa 6 ~ Perdamaian Palestin masih ada halangan kecil (ABBAS)





Abbas: Masih ada halangan kecil terhadap perdamaian Palestin(baik pulih dalaman Palestin)

Abbas atau Mahmud Abbas merupalan seorang ketua polis negara palestin.

"Kami telah bertemu di Doha dan bersepakat bentuk kerajaan tetapi masih ada halangan kecil..saya tak suka menjelasnya, namun saya harap halangan ini dapat disisihkan mudahan dapat membentuk kerajaan teknokrat(sementara) selama beberapa bulan untuk mengadakan pilihanraya," Kata Abbas.


Tambah beliau, "bilamana pilihanraya yang dijalankan itu berakhir maka kerajaan peralihan juga berakhirlah tempohnya, seterusnya akan terbentuklah kerajaan perpaduan sepertimana yang dipersetujui..insyaAllah."

Mahmud Abbas ( Ketua Polis Palestin )


Sumber 16/03/2012, web berita Safa.ps 

" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur 

Wednesday, March 14, 2012

Isu Semasa 5 ~ Semenanjung Ghaza, 26 Syahid 82 cedera





Kanak-kanak 7 tahun syahid akibat luka parah dalam serangan zionis baru-baru ini.

GAZA - Seorang kanak-kanak Palestin, Barkah Al-Maghribi, 7 telah syahid akibat luka parah yang dilalui ketika serangan-serangan zionis yang berlanjutan selama emapt hari di Gaza baru-baru ini.

Berhubung laporan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata, as-syahid Barkah mendapat luka parah yang teramat parah disebabkan pengeboman zionis pada dua hari yang lalu, kemudian mangsa dibawa ke hospital, namun pada pagi ini, mangsa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Serangan dan pengeboman zionis selama empat hari di Semenanjung Gaza mengakibatkan 26 orang penduduk Palestin syahid, manakala puluhan lagi cedera. Dari jumlah mangsa yang syahid, empat darinya adalah kanak-kanak, wanita dan empat orang penduduk yang berusia. 



Sumber 14/03/2012, web berita Safa.ps 


" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

* walaupun tumpuan dunia di Syria, jagan lupa saudara kita di Palestine 

Tuesday, March 13, 2012

Isu Semasa 4 ~ Al Quran Dibakar






13 Mac 2012, Dar'a : Selain membunuh dan menyembelih ribuan rakyat Syria, rejim Bashar juga membakar al-Quran kitab suci umat Islam. 

Al Quran, kalamullah yang diturunkan oleh allah melalui perantaraan jibril kepada Nabi Muhammad  S.A.W. Tiada tandingan yang hebat melainkan kitab al quran.






" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "


al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

Monday, March 12, 2012

Isu Semasa 3 ~ Ashdod diserang enam roket dari Gaza





Kita masih bersenang, mereka dihimpit dengan bunyian peluru-peluru demi perjuangkan hak-

hak mereka.






Klip di bawah ini telah di 'upload' oleh angkatan tentera rejim zionis pada hari ini. Klip yang 


bertajuk 'Ashdod diserang enam roket dari Gaza' mengisarkan tentang bunyi siren kecemasan 


seiring bunyi letuapan-letupan dari serangan roket Palestin ke Ashdod.





" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "


al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

Isu Semasa 2 ~ empat serangan, 35 penduduk palestin cedera





GAZA - Tiga serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur rejim zionis awal pagi ini, Isnin(12/03/2012) di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan seramai 35 penduduk mengalami kecederaan. Kebanyakan yang cedera adalah kanak-kanak dan wanita.

Serangan pertama

Menurut pemberita SAFA, pesawat tempur zionis mengebom dua buah rumah , sebuah milik keluarga Hamad dan sebuah lagi milik Abu Al-aish di kawasan 'زمو' sebelah timur laut Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, sumber keamanan berkata kepada SAFA, serangan terbabit menyasarkan seorang komander pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI), namun beliau terselamat dari operasi pembunuhan.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan dalam salinan kenyataannya kepada SAFA bahawa pengeboman ke atas dua buah rumah terbabit mengakibatkan 33 penduduk cedera, sebahagian besarnya dari kalangan kanak-kanak dan wanita. Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital-hospital dan kecederaan yang dialami mangsa-mangsa disifatkan ada yang ringan dan sederhana, kecuali seorang sahaja yang mengalami kecederaan yang parah.

Serangan kedua

Dalam serangan kedua, pesawat zionis menyasarkan sebuah rumah yang berdekatan dengan Masjid Tareq Bin Ziyad di Ash-Shujaieyah sebelah timur bandar Gaza. Berikutan itu, seorang gadis berusia 17 tahun dan pemuda cedera.

Serangan ketiga

Berhubung serangan ketiga, sekumpulan pejuang terselamat dari serangan yang menyasarkan mereka di kawasan Al-Khazindar, sebelah barat laut Gaza.

Serangan keempat

Manakala dalam serangan keempat, pesawat tempur zionis mengebom kawasan 'السناطى' di daerah Abbasan, sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan.

Adham Abu Salmiah memberi kecaman keras ekoran serangan dari rejim zionis yang menyasarkan rumah-rumah awam mengakibatkan puluhan yang cedera di utara Semenanjung Gaza malahan turut menyebabkan kemusnahan besar pusat bantuan dan kecemasan Bulan Sabit Merah. Sebelum ini semasa perang Gaza, rejim zionis telahpun memusnahkan pusat bantuan itu. 


Sumber 12/03/2012, web berita Safa.ps


" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

* doakan mereka, qunut nazilah amalkan

Bicara Ilmu 8 ~ Exco-Exco Rasulullah s.a.w




Assalamualaikum w.b.t...

Entry kali ni, saya ingin kongsikan berkaitan dengan EXCO2 Rasulullah s.a.w. Setiap sebuah organisasi pasti mempunyai exco2 tersendiri. Maka dengan itu, segala urusan seperti surat-menyurat, hal ehwal pelajar, hubungan antabangsa, ekonomi, rohani dan sebagainya mampu melancarkan lagi sistem pentadbiran sesebuah organisasi mahupun Negara yang ditadbir.

Islam telah datang dengan membawa undang-undangnya. Agama Islam tidak pernah memisahkan antara satu sama lain dalam pembentukan negara islam. Seperti politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sepertimana yang kita ketahui, pusat pemerintahan suatu ketika dahulu di MASJID. Di sinilah, segala macam bentuk didikan, tarbiyah, mesyuarat and other telah dijalankan. Pada pemerintahan pemimpin segala umat, Muhammad S.A.W, baginda telah merencakan sistem Jemaah Menteti di Madinah.

Berikut merupakan Jemaah Menteri Rasulullah :


Ketua Negara : Nabi Muhammad Sallahualahiwassalam
Menteri-menteri : Saidina Abu Bakar al-Siddiq
Saidina Umar al-Khattab
Hakim Mahkamah : Saidina Abdullah bin Naufal dan lain-lain.
Majlis perwakilan : 
Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib
Saidina Abu Bakar al-Siddiq
Saidina Umar Al-Khatab
Saidina Ali bin Abi Talib
Saidina Abdullah bin Mas’ud
Saidina Huzaifah al-Yaman
Saidina Abu Zar al-Ghifary
Saidina Miqdad al-Aswad
Saidina Bilal bin Rabah
Saidatina Aisyah bin Abu Bakar
Mengenai urusan eksekutif ianya dijalankan seperti berikut:
Bendahari Negara : Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah
Jurubahasa : Saidina Zaid bin Thabit
Setiausaha Negara : Saidina harith bin auf al- Marj
Saidina Hanzhan bin Rabi’(wakil)
Setiausaha-setiausaha:
1.Dalam Negeri:
Saidina Abu Dajnah al-Saadi Siba bin Urfazhah
2.Luar Negeri:
Saidina Ali bin Abi Talib(hubungan persahabatan)
Saidina Abdullah bin Arqam(hubungan luar negeri)
Saidina Shurabil bin Hasanah(surat-surat perwakilan)
3.Pertahanan
Saidina Abdullah bin Jahsy
Saidina Ubaidah bin Harith dan lain-lain.
4.Ekonomi
Saidina Huzaifah al-Yaman(pertanian)
Saidina Al-Mughirah bin Abu Shu’bah(perdagangan dan tranksaksi)
Saidina Husain bin Numair(perdagangan dan tranksakasi)
Saidina Ilal bin Utbah(pendaftaran dan perusahaan penduduk)
Saidina Abdullah bin Arqam(pendaftaran dan perusahaan penduduk)
5.Kewangan dan sosial
Saidina Zubair Al-Awwam(zakat)
Saidina Jahm bin al-Syalt(zakat)
Saidina Mui’qib bin Fatimah (penghasilan lain)
Saidina Kaab bin Umar al-Ansari(pengeluaran negara)
6.Pendidikan
Saidina Hakam bin Saad(guru di Madinah)
Saidatina Syifa dan Ummu Sulaiman(guru wanita)
Saidina Ubaidah bin Syamit(guru agama)
7.Kesihatan
Saidina Harith bin Kindah
Saidina Rufidah al-Islami
8.Penerangan :
Saidina Hassan bin Thabit(penyair)
Saidina Abdullah bin Ruwahah(penyair)
Saidina Kaab bin Malik(penyair)
Saidina Thabit bin Qais(juru penerang)
Saidina Muaz bin Jabal(juru hukum halal haram)
Saidina Abdullah bin Abbas(penafsir al-Quran)
Saidina Zaid bin Thabit( juru hukum mirath)
Saidina Abdullah bin Masu’d(penghimpun al-Quran)
Saidina Ubbay bin Kaab(penghimpun al-Quran)
9.Keamanan dan pengawasan(hisbah) :
Saidina Qais bin Saad bin Ubadah(pengawasan)
Saidina Umar al-Khattab(pengawasan susila)
10.Perkhidmatan Awam
Saidina Uthman bin Affan
Pencatat al-Quran:42 orang
Protokol:10 orang
Penolong peribadi:Saidina Huzaifah al-Yaman
Gabenor-gabenor Wilayah:
1.Saidina Utab bin Usaid(Makkah)
2.Saidina Bazan bin Sasan(Yaman)
3.Saidina Khalid bin Said Al-Ass(Najran)
4.Saidina zaid bin Lubaid(Hadramaut)
5.Saidina Abu Musa Al-asyari(maghribi dan Aden)
6.Saidina Muaz bin jabal(Yaman)
7.Saidina Ya’ala bin Umaiyah(al-Jundi)
8.Saidina Umar bin Shihar al-Hamdani(Hamdan)
9.Saidina Amru bin Hazmin(Hajran)
10.Saidina Zahir bin Abi Halah(aka dan Asya’rin)
11.Saidina Abu ufyan bin harb(Najran)
12.Saidina Akashah bin Thur(Sakasik dan Sakun)
13.Saidina Illal bin Hadhrami(Bahrin)
14.Saidina Yazid bin Abi Sufyan(Tihamah)
15.Saidina Amru bin Al-Ash(Oman)
16.Saidina Wail bin Hajr al-Hamdani(Hadrahamaut)
17.Saidina Abu Bakar as-Siddiq(memimpin ibadah haji pada tahun 9 H yang bertaraf Gabenor)
Duta-duta dan perwakilan istimewa : 23 orang


" Rasulullah Dikasihi, Sunnah Dihayati "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

* from PMRAM

Thursday, March 8, 2012

Bicara Ilmu 7 ~ Jom Check List pegangan kita (Bhg 2)

Bahagian 2


Assalamualaikum w.b.t

Anda telah baca tajuk " Jom Check List Pegangan Kita " Bhg 1 ??

jika belum..ringankan tangan klik di sini :
http://penselkehidupan.blogspot.com/2012/03/bicara-ilmu-6-jom-check-list-pegangan.html

Adakah kelima-lima itu telah tersemat padu di dalam jiwa kita??

jika sudah...saya akan 'continue' yang seterusya. I.Allah...

Keenam :

Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon ampun pada Allah, kerana dengan istighfar mampu membersihkan diri dari dosa. Istighfar juga mampu memberi kerehatan dan ketenangan pada jiwa.

Kalamullah pada surah An Nisa Ayat 110 :

وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَّحِيمًا

" dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiyai dirinya sendiri(malakukan maksiat), kemudia ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan dapati Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani "

Ayat yang berikutnya "

" Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) " surah Ali imran : 135

Ketujuh :

Saya mesti mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang merupakan kurnian dan rahmat yang tidak terhitung nilainya. Dengan bersyukur, lahirlah satu adab sopan seorang penerima terhadap si pemberi.

Ayat Allah yang ketujuh pada surah Ibrahim :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras "

Kelapan :

Saya mesti sentiasa bertawakkal sepenuhnya pada Allah dalam setiap keadaan. Dan saya mesti menyandarkan setiap urusan kepadaNya. Dengan tawakkal, kita mampu membangkitkan semangat kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa. Firman Allah s.w.t :

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

" Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) "

Kesembilan :

Saya mesti sentiasa mengingati Allah baik waktu susah mahupun senang. Dengan berzikir menyebut namanya itu menjadikan diam saya dalam keadaan berfikir dan apabila berkata-kata adalah kerana berzikir.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. " Surah Al Raad ayat 28

Kesepuluh :

Saya mesti mengakui bahawa Rasul terakhir dari kalangan rasul-rasul yang mulia ialah MUHAMMAD S.A.W yang Allah kurniakan kepadanya Al quran sebagai mukjizat yang berkekalan.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya "



untuk itu dulu entry kali ini. Moga ia dapat dimanfaatkan di dalam jiwa kita. Insya Allah.
pastikan ia disimpan pada memori(hati) yang tidak akan dapat dipadam untuk selama-lamanya.

** nantikan Jom Check List Pegangan bahagian 3


moga allah memberikan kekuatan kepercayaan yang utuh kepada kita. I.Allah
lahirkan satu kepercayaan tanpa mempunyai sebarang syak wasangka terhadap pegangan kita




" KEPERCAYAAN SATU KEHEBATAN "


al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur



* Doakan kepada umat-umat islam supaya allah tetapkan kita di atas jalan kebenaran. Terutama diri hamba ini.

Wednesday, March 7, 2012

Tinta 6 ~ Pulang Dengan Cahaya

Assalamualaikum w.b.t

Pembaca yang budiman dan dihormati sekalian.

Sabtu bertarikh 3 Mac 2012, saya bersama teman serumah diundang oleh beberapa kenalan untuk menghadiri Majli Konvokesyen Mini dan Makan Malam perpisahan. Majlis ini telah dilaksanakan di Kediaman Rasmi Kedutaan Besar Malasyia di Morocco.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Kata-kata ini sering menjadi pembasah telinga tatkala berlakunya sesuatu program perpisahan.

Mereka (peserta konvo)  telah berjaya menamatkan pengjian peringkat ijazah sesi musim sejuk dengan jayanya. Mabrouk dan tahniah untuk mereka. Semoga apa yang mereka perolehi mampu menjadikan diri mereka seorang pembawa risalah agama yang benar. I.Allah...

Imam Ahmad dalam ucapannya :

Manusia sangat berhajat pada ilmu lebih daripada hajat mereka pada makanan dan minuman, karena manusia berhajat pada makanan dan minuman sehari sekali atau dua kali akan tetapi manusia berhajat pada ilmu sebanyak bilangan nafasnya”.


Maka dengan itu, bawalah pulang sinaran ilmu untuk menerangi ruang-ruang kegelapan yang pasti ditempuhi.




" Ilmu Penyuluh Kehidupan "


al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur


Pintu Masuk Kediaman Rasmi Kedutaan Malaysia Morocco

Antara yang hadir

ada pandangan yang menyeronokkan..duta Malaysia(baju batik)

Tahniah untuk mereka

Riak wajah gembira

Duta dan graduan Bersama tetamu lelaki

Duta dan graduan bersamu tatamu wanita





Saturday, March 3, 2012

Bicara Ilmu 6 ~ Jom Check List pegangan kita

Bahagian 1

Assalamualaikum w.b.t

Firstly, terima kasih kepada pembaca yang cuba memberatkan tangan untuk 'klick' blog ini. Saya berharap agar apa yang saya kongsikan disini menjadi peringatan dan manfaat kepada saya dan pembaca sekalian. I.Allah.

Entry kali ini, saya akan cuba menyenaraikan beberapa perkara yang menjadi tunjang utama jiwa seorang MUSLIM. Tidak dinafikan, perkara-perkara yang akan saya "Listkan" nanti kebanyakkannya telah kita ketahui.

Ayuh, jangan lengahkan masa untuk bercerita...mengapa ???

LIST NI AMAT PENTING UNTUK KITA

Pertama :

Saya wajib beriman kepada Allah. Tiada tuhan selain Allah. Yang Maha Bijaksana, Tuhan pencipta alam lagi Maha Berkuasa serta tidak perlu kepada pertolongan.
Apa buktinya ?? 

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

" Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan " surah al anbiya : 22

Kedua :

Saya wajib beriman bahasanya Allah menciptakan sesuatu tidaklah dengan sia-sia tanpa sebarang tujuan. Firman Allah s.w.t :

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَِ فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

" "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? ; Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. "

Ketiga :

Saya wajib beriman bahawa matlamat kewujudan manusia ialah mengenali Allah dan mengabdikan diri padaNya. Allah berfirman di dalam surah Az Zariyat ayat 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu "
  
Keempat :

Saya mesti percaya bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat ialah syurga, manakala balasan bagi orang kafir lagi derhaka ialah neraka.
Buktinya...ada didalam surah as syura ayat 7 

 فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ

" (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka "

Kelima :

Saya mesti sentiasa muraqabah (sentiasa berada di bawah pengawasan) dengan Allah dalam keadaan terang ataupun tersembunyi. Al Mujadalah ayat 7 merungkai jawapan 

Firman Allah s.w.t :

مَا يَكُونُ مِن نَّجْوَىٰ ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَىٰ مِن ذَٰلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ۖ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

" Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan
tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada
yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada
bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan
memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu "


bagaimana perasaan anda sekarang ??

moga allah memberikan kekuatan kepercayaan yang utuh kepada kita. I.Allah
lahirkan satu kepercayaan tanpa mempunyai sebarang syak wasangka terhadap pegangan kita

*nantikan sambungan Jom Chek List Pegangan kita bahagian dua






" KEPERCAYAAN SATU KEHEBATAN "


al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

* entry ini tidaklah membincangkan secara mendalam berkaitan akidah..Ianya sekadar pengetahuan umum dan sebagai benteng diri kita dari fahaman-fahaman lain....I.Allah...perbincagan secara mendalam akan dikupaskan di bawah tajuk akidah Ahli Sunnah wa Jamaah (ASWJ)




Copy 2 ~ 03 March 1924 (Hari Dalam Kenangan)

HARI INI DALAM KENANGAN : MEMPERINGATI 88 TAHUN SEJARAH HITAM

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 88 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ?

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?





al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

copy by facebook

Friday, March 2, 2012

Motivasi 4 ~ Tangan anda yang kuat

Assalamualaikum w.b.t

Hah, kali ini saya ingin kongsikan dengan pembaca tentang " tangan kita yang kuat ".

Maha Suci Allah yang menciptakan kami dengan sebaik-baik penciptaan. Ketika mana saya teman-teman serumah menikmati hidangan malam, terlintas satu idea dibenak fikiran  untuk berkongsi dengan kalian seperti tajuk di atas.

Ketikamana kami menikmati hidangan enak dari Cheff Syarafi, dihadapan saya terdapat satu buku yang berjudul " المفاتح العشر للنجاح " bermaksud 10 kunci kejayaan. 

I.Allah nanti saya akan kongsikan kunci-kunci tersebut kepada kalian. 
 *keluar tajuk

** kembali kepada tajuk asal **

Kita seringkali mendengar ayat suci al quran ini dari peringkat sekolah lagi :
Firman Allah Taa'la

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

" Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada mereka sendiri "

Dari ayat ini, jelaslah menunjukkan bahawa setiap perubahan itu berlaku di atas kemahuan diri sendiri dengan izin-Nya. Maka dengan itu, lazimkanlah diri kita dengan sesuatu pekerjaan yang boleh mendatangkan keuntungan pada diri kita...

Jom sama-sama kita mencuba !!

Antara kata-kata yang menarik minat saya :

نصيب الإنسان موجود بين يديه

" Nasib manusia terletak di tangan mereka sendiri "

Istilah dari kata-kata ini mempunyai maksud yang sama dengan kata-kata Allah di dalam kitab sucinya. Maka tidaklah dapat kita nafikan lagi tentang sesuatu perubahan tanpa bermula dengan diri sendiri.

waallahu a'lam. 


" Madrasah Kehidupan "

al Faquir Ila Rabbihi
Izzat Shukur






Bicara Ilmu 5 ~ Rahsia Jumaat

Bahagian 1


Assalamualaikum w.b.t...
Salam Hari Jumaat.

Sudahkan kalian membaca surah AL-KAHFI ??
*jika belum, anda masih mempunyai waktu untuk membacanya.

apa kelebihan surah Al Kahfi  jika dibaca pada hari Jumaat??
*baca sehingga tamat entry ini

Menurut kitab Fiqh Sunnah karangan As Syikh Syed Sabiq, hari jumaat merupakan sebaik-baik hari dalam seminggu. Dari Abi Hurairah r.a, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :

" Hari yang terbaik ketika terbit matahari ialah hari jumaat, pada hari itulah Adam a.s diciptakan, dan padanya dimasukkan ke syurga, dan juga dikeluarkannya daripada neraka, dan tidak akan terjadinya kiamat kecuali pada hari jumaat " Riwayat Muslim, Abu Dawud, Nusa'i dan Tirmizi.

Itulah serba sedikit peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dan akan berlaku pada hari Jumaat. Disini, saya mengingati diri saya dan diri pembaca sekalian untuk kita amalkan dalam kehidupan kita pada hari jumaat ini dengan membaca surah AL KAHFI.

Sebagai penambaham., surah ini mempunyai fadhilatnya tersendiri sekiranya kita membaca pada hari Jumaat(Penghulu Segala Hari)

Apa Fadhilat membaca surah ini ??

Diriwayatkan oleh Abi Sa'id Al Khudri, Sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda :

من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له ما بين الجمعتين

" Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat, maka Allah akan meneranginya cahaya dengan dua jumaat. Riwayat An Nisai, Baihaqi, dan Al Hakim.




" Rasulullah Dikasihi, Sunnah Dihayati "


al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur


* moga dipermudahkan allah untuk sama-sama kita amalkan sepanjang kehidupan kita dan supaya allah memberi kekuatan untukk kita istiqamah(sentiasa) mengamalkannya khususnya pada hari jumaat. I.Allah