Pages

Sunday, June 30, 2013

Mesyuarat Pentadbiran PMMM 2012/2013



Rabat- 29 Jun 2013 rasanya inilah kali terakhir aku ber'meeting' bersama pihak kedutaan besar Malaysia di Maghribi. Sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap persatuan, inilah usaha kecil terakhir aku buat PMMM.

Mesyurat kali ini hanyalah sekadar berkongsi maklumat semasa dan pembentangan kertas kerja aktiviti persatuan yang berbaki bagi sesi pentadbiran 2012/2013. InsyaAllah pertengahan bulan Julai nanti, maka berakhirlah sesi ini dan dinamakan pulak sesi pentadbiran 2013/2014. Didoakan supaya sesi hadapan mampu membuat rekod yang cemerlang berbanding sesi pentadbiran tahun ini. 

Antara yang turut serta dalam mesyuarat kali ini, Tengku Sirajuzaman (Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi), En Abdul Rahman bin Adun (Setiausaha Ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi), dan saudara Luqman bin Zulkifli (Bendahari Agung PMMM).

Berita baik warga PMMM, alhamdulillah, berkat usaha dan doa kalian serta kepercayaan kalian terhadap persatuan, kita PMMM telah diberikan dana yang mampu menampung beberapa kos aktiviti-aktiviti besar persatuan. Semoga kita lebih sukses terhadap persatuan PMMM.

p/s : Terima kasih kepada individu yang terlibat dalam membantu permohonan ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.


dari kiri : Luqman, En Abdul Rahman dan Tengku Sirajuzaman




buat_aku_tersenyum
alFaqir Ila Rabbihi
30 Jun 2013
Rabat-Maghribi


* malam ini akan bermusafir ke Sepanyol dalam siri Kembara Andalus. Doakan semoga dipermudahka urusan.




Friday, June 28, 2013

Passport Hilang, Apa Perlu Buat??

nyawa sang musafir


Awal-awal pagi telefon bimbit sudah berdering. Selalunya "time-time' macam ni emergency case sahaja yang berlaku" bicaraku bersendirian. Nama Saifuddin aka Udin pelajar di Kota Marakesh membuat panggilan :

Udin : Assalamualaikum, labas(apa khabar) syikh??
alFaqir : Wassalam, alhamdulillah sihat, amacam kau sihat?
Udin : Alhamdulillah, kawan-kawan sihat?
alFaqir : Alhamdulillah, clear-clear. semua sihat.

********nada berubah

Udin : Ana nak bagitau anta, ada sorang pelajar Malaysia bercuti di Morocco, sedar-sedar passport dia hilang di hotel, macam mana nak buat?
alFaqir : aku pun tak tau, dah cuba call pegawai kedutaan?
Udin : Dah, tapi tak angkat

alFaqir : tidor lagi kot...dont worry, nanti aku call tanya prosedur macam mana. ok?
Udin : ok.. errmm....tapi sekarang dia nak berjalan ke sohra(padang pasir) dengan travel agen. apa pandangan?
alFaqir : (aku dengan nada tak bersalah) suruh dia tunda ja perjalanan ke sohra. Lepas-lepas ni boleh mai lagi. Dah report polis?
Udin : Belum lagi, kena report ka syikh?
alFaqir : setahu aku kalau kes sebelum ini senior kita report polis. kau report ja.
Udin : ok2, nanti aku pergi report.
alFaqir : ok, apa-apa kau roger ok
Udin : ok. assalamualaikum
alFaqir : wassalam

*******************************************

Bagaimanala perasaan kita berada pada situasi macam tu?? mungkin !!
* gelisah
* gelabah
* hidup tak tentu arah dan sama waktu dengannya
* tak dapat pulang ke tempat asal pengajian
* yang lebih berat, macam mana nak balik ke tanah air (ohh rindunya) hehe..(tambahan)

Think positive, 
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin Allah nak perkenalkan Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi(PMMM) kepada beliau(promote persatuan), mungkin Allah nak kenalkan beliau dengan pelajar Malaysia di Maghribi. waallahu a'lam.

Jom kita belajar satu kaedah mudah ini:

" Tak Tahu Kita Tanya, Bukan Buat-Buat Tahu "

Allah s.w.t telah memberi satu kaedah kehidupan dengan menyebut di dalam Surah An Nahl ayat 43:

قال الله تعالى : فسئلوا أهلَ الذِّكرِ إن كُنتم لا تعلمون
"maka tanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui"

Maka dengan itu, 5 tindakan yang perlu diambil(jika hilang di Morocco/Maghribi :
1) Report Polis
2) Sediakan salinan passport
3) Sediakan dua gambar passport(latar belakang putih)
4) Sediakan setem 20 Dh(dirham)
5) Terus ke kedutaan Besar Malaysia di Maghribi(terletak di wilayah Rabat)

* Lima tindakan ini hanya alFaqir khususkan di bumi Morocco

p/s : bagi mana-mana pelajar yang ingin bermusafir ke negara luar, pastikan kita mengambil maklumat kedutaan negara yang ingin kita musafir, dan dapatkan serba sedikit maklumat persatuan pelajar di negara berkenaan..

Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan beliau :)

buat_aku_tersentum
alFaqir Ila Rabbihi
28 Jun 2013
Casablanca- Maghribi

Thursday, June 27, 2013

Satu Hari Dalam Sejarah

Assalamualaikum w.b.t

Ini merupakan post pertamaku, doakan supaya alFaqir dapat istiqamah berkongsi cerita suka dan duka rencam kehidupan bersama pembaca kalian.

Hari ini dalam sejarah alFaqir bersama teman-teman sepengajian menghadiri peperiksaan akhir sem 6 bagi mata pelajaran Perbentangan/Perbahasan Tesis akhir ijazah pengkhususan Al Quran dan Hadis. Perbahasan ini meliputi setiap gerak kerja yang telah kita laksanakan, isi penting yang terdapat di dalam tesis kita, dan yang lebih penting sekali ialah bahagian pengambilan hadis daripada kitab-kitab.

Seperti yang kita sedia maklum, ilmu hadis bukanlah satu ilmu yang begitu mudah 'dicedok' dan terus disampaikan kepada masyarakat, bahkan ia merupakan satu ilmu yang perlu diteliti secara mendalam dan halus sebelum pengambilannya berlaku. Tetapi, dengan berkat keberkatan Imam-imam hadis yang terkemuka seperti Imam Al Bukhari(256H), Imam Muslim(261H), Imam Abu Daud(275H), Imam Tirmizi(279H), Imam Nasa'i(303H), Imam Ibnu Majah(273H), dan lain-lain lagi, ia merupakan satu usaha murni yang begitu mudah untuk diambil sebagai rujukan muktabar. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama para auliya. Amiiin!!

Dalam usaha menyiapkan tesis, alFaqir tidak terlepas dengan pelbagai rintangan dan halangan. Begitu juga teman-teman yang lain. Halangan 'murni' ini jika dilayan sudah tentu tidak akan sampai ke penghujungnya. Mak Ayah, penyelia tesis serta kawan-kawan mereka lah penyelamat dari lalai dan alpa. Terima Kasih semua!!

Pengajaran :

" Kawan biar beribu, musuh katakan tak perlu "

Penyelia Tesis alFaqir : Al Fadhil Al Qari Dr Zakariya Faid
Pembahas : Al Fadhil Dr Nabil Al Qhumari & Al Fadhil Al Qari Dr Zakariya Faid 

Pesanan yang telah diberikan,

1) Beramalah dengan apa yang kamu pelajarilah;
2) Pulang ke tanah air, sampaikan apa yang telah dipelajari;
3) Amanahlah dengan ilmu.

Alhamdulillah, walaupun pada awalnya agak gementar, tetapi dengan kekuatan teman-teman Malaysia dan Maghribi, segalanya berjalan dengan lancar. Syukur padaMu ya Robb.

Terima kasih kepada sesiapa yang membantu secara langsung mahupun tak langsung dalam menyiapkan tesis peringkat akhir ini.

alFaqir hadiahkan sumbangan kecil ini buat:
:إلى من كان ينيرلي سبل العلم والمعرفة
والدي محمد عبد الشكور بن شافعي حفظه الله
buat ayah pembakar semangat (MOHD ABD SHUKUR BIN SHAFIE)

إلى من ربتني صغيرا وأشربتني حبا ومشاعر
والدتي الغالية نور عيني بنت بهاري حفظها الله
buat ibu tercinta (NORAINI BINTI BAHARI)

إخواني وأسرة أكرمهم الله

إلى كل مسلم عن ثغرة يسدها في خدمة هذه الأمة
.لى كل هؤلاء ثمرة هذا البحث العلمي المتواضع، نفع الله به، وعفا عن صاحبه

kawan-kawan pembakar semangat
Dup dap!! Dup Dap 
alFaqir bersama Dr Nabil dan Haeqal Ishak(maad mari)
:)
santai bersama kaawan indonesia sebelum masuk dewan munaqashah




buat_aku_tersenyum
alFaqir Ila Rabbihi
17 Jun 2013
Casablanca- Maghribi


Tuesday, March 19, 2013

Motivasi 7 ~ NamaMu Ku Pahat bukan Menulis

Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan. Mungkin inilah yang ingin dirungkaikan dari kisah dua orang sahabat.

Baru-baru ini, tercetusnya perang FB(facebook) diantara beberapa orang teman. Dari jauh, ku cuba memerhati dan memahami disebalik erti sebenar sebuah kehidupan. Istilah "perang" idea yang muncul mungkin mudah disatukan dengan kita melihat betapa indahnya sebuah agama yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. 

Di dalam alquran surah al- anbiya' 107, Allah berfirman :

" Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam"

Bermula kisah dua orang sahabat, pergilah mereka mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Asyik dalam pengembaraan, tiba-tiba berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal emosi dan perasaan, seorang telah memukul sahabatnya.

Dengan perasaan sedih, sahabat yang dipukul terus mengambil ranting dan menulis " hari ini sahabat baikku telah memukulku "

gambar hiasan
Tanpa menoleh kebelakang, mereka sama-sama meneruskan pengembaraan hinggalah sampai ke lembah tasik yang dingin. Sahabat yang dipukul tadi terjun untuk menyejukkan badan. Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan lemas ke dasar tasik.

Tanpa teragak-agak, sahabatnya terus terjun dan berjaya diselamatkan. Naiknya ke tepi tasik, ia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu " hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku " 

Sahabatnya bertanya : Tadi waktu aku pukulmu, engkau tulis di atas pasir, dan sekarang engkau memahat dibatu?"

Dijawabnya : " Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, dan aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sampai bila-bila "

**********************
Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung, keperitan dalam penderitaan, tulislah di atas pasir agar ia hanya singgah sebentar dalam ingatan agar segera dilupakan. Tetapi, jika nikmat daripada Allah, kebaikan daripada orang lain maka pahatlah didalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila

Aku selalu ingat kata-kata ni,

"Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur seperti racun, bisanya akan menyelinap masuk ke tubuh dan membunuh kedamaian dan ketenteraman diri.

Maafkan dan lupakan segala kesalahan orang lain kepada kita, mungkin ia hanya satu emosi berlindungkan hawa nafsu, pejamkan mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran daripada-Nya.

Jom tidur !!

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur
Casablanca
10:30 p.m



Friday, March 8, 2013

Tinta 10 ~ "Unta" kami datang

ALHAMDULILLAH, syukur dengan nikmatnya.
Menjalani kehidupan seperti biasa, moga hari-hari mendatang lebih baik dari hari ini.

Mengapa dengan UNTA ??

Kali ini  saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama kawan-kawan ke kawasan Sahara (Padang Pasir) di Marzouga, Morocco. Hanya Allah sebaik-baik perancang.

12 Rabiul Awwal 1434H, bermula perjalanan kami menunggang unta di Gurun Sahara Marzouga jam 9.45 Malam. Tiada ungkapan yang bermakna melainkan linangan air mata menjadi saksi kejadian ciptaan alam. Bulan purnama yang sentiasa berbakti menabur cahaya dalam perjalanan ini diikuti angin yang sepoi-sepoi bahasa sejuk berserta pasir-pasir emas menampar muka, sungguh!! keagungan Sang Pencipta luar biasa.

Dua jam perjalanan kami menunggang unta

Zakhir (bukan nama sebenar) : Zat, sbb apa kita naik malam??, bukan selalunya orang akan menghayati waktu terbenam matahari.

spontan aku balas : yep, kalau kita ikut travel agensi, rombongan akan smpai sblum masuk waktu Maghrib. Waktu tu, pandagan memang "cun" punya.

Zakhir : hahha....rugi gilee x leh tngok "sun set" (matahari terbenam)

aku membalas : rileks... ko dah ready belum??

Zakhir : ko nak bawa kami ke mana??

spontan : aku tergelak keseorangan.. ok,  esok kita naik atas Gunung Sahara pastu kita tngok "sun rise"(matahari terbit)... amcam..??

seorang lagi menyapa : berehh bosss..

Perjalanan malam itu dipenuhi dendangan Qasidah memuji baginda dan Zikir Munajat memenuhi kesunyian malam yang bercahaya.

Sampai kami di khemah

******************************
fuhh!! mancabar juga... itulah kata-kata manja ahli kami selesai turun daripda unta.

Khemah yang bakal kami tidur seperti khemah askar, Khemah berbentuk A. Teringat zaman sekolah menengah dulu. Itulah yang dikatakan pengalaman dalam kenangan.

Sambil berBBQ, kami bertanya pada seorang arab penjaga khemah, bagaimana kamu boleh bertutur bahasa Arab Fushah dengan baik sedangkan kamu tak bersekolah??

katanya : waktu aku kecil-kecil dulu, aku selalu menonton rancangan televisyen arab, dan movie-movie arab.

wahh, luar biasa cara pengajian dia(qalbu aku mula bersuara). ini seperti kata-kata ayahku :

ayah : anteh (panggilan keluarga), kalau nak kuasi bahasa, BELI CD lagu, kemudian dengar, faham tak faham kira lain.

aku : InsyaALLAH..

Jam 2.30 pg, semua sekali mengambil tempat untuk melabuhkan diri di tempat masing-masing setelah penat dalam perjalanan yang mengambil masa 12 jam.

jom!!, gambar pulak

p/s : abaikan tarikh pada gambar

sepanjang perjalanan

piramid Marzouga
mula perjalann jom!!






 Menghayati sirah,sunnah Nabi Muhammad Sallallahu alayhi wa sallam dan melihat kebesaran Allah Ta'ala adalah nikmat dan nikmat itu di tambah lagi dengan melihat pemuda-pemuda islam membina hati mereka dengan zikirullah,selawat,bernasyid serta mendengar ceramah,takzirah agama.Maka itulah ketakjuban dalam kenikmatan.

#Sebutir pasir sahara tidak berguna tanpa Rahmat Allah dan Sirah,Sunnah Rasul Nya.


part II menyusul -->


"madrasah kehidupan"

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

Casablanca,
Jumaat 25 Rabiul Akhir 1434H

 








Thursday, March 7, 2013

Tinta 9 ~ Hari Jubah "Mereka"

Assalamualaikum

harapnya pembaca dirahmati dan dipermudahkan urusan harian oleh Sang Pencipta Makhluk.

16 Februari 2013, alhamdulillah sekali lagi kita sebagai keluarga Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi (PMMM) dapat berhimpun dengan jayanya dalam Majlis Konvokesyen PMMM Kali Ke-6 Sidang Pertama. Tahniah  dan syabas kepada para graduan.

Majlis Konvokesyen ini merupakan salah satu agenda tahunan sesi pentadbiran 2012/2013. Ia merupakan "hari sumbangan" persatuan PMMM kepada mereka yang bergelar seorang ahli persatuan yang berdaftar. Kami warga AMT/ALP 2012/2013 ingin mengucapkan sekaluang penghargaan dan terima kasih di atas segala bentuk sokongan, pendapat, dan kritikan-kritikan manja kalian dalam memajukan PMMM di masa hadapan.

Ucapan terima kasih jugak buat "crew-crew" PMMM  yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Apa pon, u olls the best.... Masalah yang datang, perlu ditanggani dengan bijak :)

Saya akhiri dengan kata Seorang Imam :

Imam Ahmad dalam ucapannya :

Manusia sangat berhajat pada ilmu lebih daripada hajat mereka pada makanan dan minuman, karena manusia berhajat pada makanan dan minuman sehari sekali atau dua kali akan tetapi manusia berhajat pada ilmu sebanyak bilangan nafasnya”.

Jom tngok gambar pulak !!


get ready
perarakan masuk

syikh iftikhar....mulakan program dengan kalamullah

pengarah program (K. Exco Pendidikan)

riang-riang gembira

abg legenda ( master)


VIP

ambik kesempatan bergambar

chef PMMM...trima kasih wak

Makan bersama Chef.... menu Malaysia..ohh Malaysia !!

geng Perak

geng MAAD

Alhamdulillah, selesai program

sebagahian Crew

ahli PMMM mengambil tempat




" Madrasah Kehidupan "

al Faqir








Friday, May 18, 2012

Copy 4 ~ Sayang Ibu Ayah

Assalamualaikum

Renungan bersama :)

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.