Menjalani kehidupan seperti biasa, moga hari-hari mendatang lebih baik dari hari ini.
Mengapa dengan UNTA ??
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama kawan-kawan ke kawasan Sahara (Padang Pasir) di Marzouga, Morocco. Hanya Allah sebaik-baik perancang.
12 Rabiul Awwal 1434H, bermula perjalanan kami menunggang unta di Gurun Sahara Marzouga jam 9.45 Malam. Tiada ungkapan yang bermakna melainkan linangan air mata menjadi saksi kejadian ciptaan alam. Bulan purnama yang sentiasa berbakti menabur cahaya dalam perjalanan ini diikuti angin yang sepoi-sepoi bahasa sejuk berserta pasir-pasir emas menampar muka, sungguh!! keagungan Sang Pencipta luar biasa.
Dua jam perjalanan kami menunggang unta
Zakhir (bukan nama sebenar) : Zat, sbb apa kita naik malam??, bukan selalunya orang akan menghayati waktu terbenam matahari.
spontan aku balas : yep, kalau kita ikut travel agensi, rombongan akan smpai sblum masuk waktu Maghrib. Waktu tu, pandagan memang "cun" punya.
Zakhir : hahha....rugi gilee x leh tngok "sun set" (matahari terbenam)
aku membalas : rileks... ko dah ready belum??
Zakhir : ko nak bawa kami ke mana??
spontan : aku tergelak keseorangan.. ok, esok kita naik atas Gunung Sahara pastu kita tngok "sun rise"(matahari terbit)... amcam..??
seorang lagi menyapa : berehh bosss..
Perjalanan malam itu dipenuhi dendangan Qasidah memuji baginda dan Zikir Munajat memenuhi kesunyian malam yang bercahaya.
Sampai kami di khemah
******************************
fuhh!! mancabar juga... itulah kata-kata manja ahli kami selesai turun daripda unta.
Khemah yang bakal kami tidur seperti khemah askar, Khemah berbentuk A. Teringat zaman sekolah menengah dulu. Itulah yang dikatakan pengalaman dalam kenangan.
Sambil berBBQ, kami bertanya pada seorang arab penjaga khemah, bagaimana kamu boleh bertutur bahasa Arab Fushah dengan baik sedangkan kamu tak bersekolah??
katanya : waktu aku kecil-kecil dulu, aku selalu menonton rancangan televisyen arab, dan movie-movie arab.
wahh, luar biasa cara pengajian dia(qalbu aku mula bersuara). ini seperti kata-kata ayahku :
ayah : anteh (panggilan keluarga), kalau nak kuasi bahasa, BELI CD lagu, kemudian dengar, faham tak faham kira lain.
aku : InsyaALLAH..
Jam 2.30 pg, semua sekali mengambil tempat untuk melabuhkan diri di tempat masing-masing setelah penat dalam perjalanan yang mengambil masa 12 jam.
jom!!, gambar pulak
p/s : abaikan tarikh pada gambar
| sepanjang perjalanan |
| piramid Marzouga |
| mula perjalann jom!! |
Menghayati sirah,sunnah Nabi Muhammad Sallallahu alayhi wa sallam dan melihat kebesaran Allah Ta'ala adalah nikmat dan nikmat itu di tambah lagi dengan melihat pemuda-pemuda islam membina hati mereka dengan zikirullah,selawat,bernasyid serta mendengar ceramah,takzirah agama.Maka itulah ketakjuban dalam kenikmatan.
#Sebutir pasir sahara tidak berguna tanpa Rahmat Allah dan Sirah,Sunnah Rasul Nya.
part II menyusul -->
"madrasah kehidupan"
al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur
Casablanca,
Jumaat 25 Rabiul Akhir 1434H
No comments:
Post a Comment