![]() |
Mesyurat kali ini hanyalah sekadar berkongsi maklumat semasa dan pembentangan kertas kerja aktiviti persatuan yang berbaki bagi sesi pentadbiran 2012/2013. InsyaAllah pertengahan bulan Julai nanti, maka berakhirlah sesi ini dan dinamakan pulak sesi pentadbiran 2013/2014. Didoakan supaya sesi hadapan mampu membuat rekod yang cemerlang berbanding sesi pentadbiran tahun ini.
Antara yang turut serta dalam mesyuarat kali ini, Tengku Sirajuzaman (Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi), En Abdul Rahman bin Adun (Setiausaha Ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi), dan saudara Luqman bin Zulkifli (Bendahari Agung PMMM).
Berita baik warga PMMM, alhamdulillah, berkat usaha dan doa kalian serta kepercayaan kalian terhadap persatuan, kita PMMM telah diberikan dana yang mampu menampung beberapa kos aktiviti-aktiviti besar persatuan. Semoga kita lebih sukses terhadap persatuan PMMM.
p/s : Terima kasih kepada individu yang terlibat dalam membantu permohonan ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.
![]() |
| dari kiri : Luqman, En Abdul Rahman dan Tengku Sirajuzaman |
buat_aku_tersenyum
alFaqir Ila Rabbihi
30 Jun 2013
Rabat-Maghribi
* malam ini akan bermusafir ke Sepanyol dalam siri Kembara Andalus. Doakan semoga dipermudahka urusan.


No comments:
Post a Comment