Pages

Thursday, June 27, 2013

Satu Hari Dalam Sejarah

Assalamualaikum w.b.t

Ini merupakan post pertamaku, doakan supaya alFaqir dapat istiqamah berkongsi cerita suka dan duka rencam kehidupan bersama pembaca kalian.

Hari ini dalam sejarah alFaqir bersama teman-teman sepengajian menghadiri peperiksaan akhir sem 6 bagi mata pelajaran Perbentangan/Perbahasan Tesis akhir ijazah pengkhususan Al Quran dan Hadis. Perbahasan ini meliputi setiap gerak kerja yang telah kita laksanakan, isi penting yang terdapat di dalam tesis kita, dan yang lebih penting sekali ialah bahagian pengambilan hadis daripada kitab-kitab.

Seperti yang kita sedia maklum, ilmu hadis bukanlah satu ilmu yang begitu mudah 'dicedok' dan terus disampaikan kepada masyarakat, bahkan ia merupakan satu ilmu yang perlu diteliti secara mendalam dan halus sebelum pengambilannya berlaku. Tetapi, dengan berkat keberkatan Imam-imam hadis yang terkemuka seperti Imam Al Bukhari(256H), Imam Muslim(261H), Imam Abu Daud(275H), Imam Tirmizi(279H), Imam Nasa'i(303H), Imam Ibnu Majah(273H), dan lain-lain lagi, ia merupakan satu usaha murni yang begitu mudah untuk diambil sebagai rujukan muktabar. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama para auliya. Amiiin!!

Dalam usaha menyiapkan tesis, alFaqir tidak terlepas dengan pelbagai rintangan dan halangan. Begitu juga teman-teman yang lain. Halangan 'murni' ini jika dilayan sudah tentu tidak akan sampai ke penghujungnya. Mak Ayah, penyelia tesis serta kawan-kawan mereka lah penyelamat dari lalai dan alpa. Terima Kasih semua!!

Pengajaran :

" Kawan biar beribu, musuh katakan tak perlu "

Penyelia Tesis alFaqir : Al Fadhil Al Qari Dr Zakariya Faid
Pembahas : Al Fadhil Dr Nabil Al Qhumari & Al Fadhil Al Qari Dr Zakariya Faid 

Pesanan yang telah diberikan,

1) Beramalah dengan apa yang kamu pelajarilah;
2) Pulang ke tanah air, sampaikan apa yang telah dipelajari;
3) Amanahlah dengan ilmu.

Alhamdulillah, walaupun pada awalnya agak gementar, tetapi dengan kekuatan teman-teman Malaysia dan Maghribi, segalanya berjalan dengan lancar. Syukur padaMu ya Robb.

Terima kasih kepada sesiapa yang membantu secara langsung mahupun tak langsung dalam menyiapkan tesis peringkat akhir ini.

alFaqir hadiahkan sumbangan kecil ini buat:
:إلى من كان ينيرلي سبل العلم والمعرفة
والدي محمد عبد الشكور بن شافعي حفظه الله
buat ayah pembakar semangat (MOHD ABD SHUKUR BIN SHAFIE)

إلى من ربتني صغيرا وأشربتني حبا ومشاعر
والدتي الغالية نور عيني بنت بهاري حفظها الله
buat ibu tercinta (NORAINI BINTI BAHARI)

إخواني وأسرة أكرمهم الله

إلى كل مسلم عن ثغرة يسدها في خدمة هذه الأمة
.لى كل هؤلاء ثمرة هذا البحث العلمي المتواضع، نفع الله به، وعفا عن صاحبه

kawan-kawan pembakar semangat
Dup dap!! Dup Dap 
alFaqir bersama Dr Nabil dan Haeqal Ishak(maad mari)
:)
santai bersama kaawan indonesia sebelum masuk dewan munaqashah




buat_aku_tersenyum
alFaqir Ila Rabbihi
17 Jun 2013
Casablanca- Maghribi


No comments:

Post a Comment