Pages

Friday, December 16, 2011

Tinta 3 ~ Banyak Perkara Dengan BOla

Assalamualaikum w.b.t
 Tajuk entry kali ini "Banyak Perkara Dengan Bola".

15 Disember 2012, saya terlibat secara langsung dalam sukan futsal peringkat Universiti Muhammedia, Morocco. Syukur alhamdulillah kerana tahun ini saya diberi kepercayaan untuk mewakili Fakulti Pengajian Islam  menyertai perlawan futsal peringkat universiti sesi 2011/2012.

ada apa dengan bola
Jam 10pg, beraksinya perlawanan antara kumpulan saya(Kumpulan Aiman) dan kumpulan(Loskoskos). Perlawanan yang telah disyaratkan enam sebelah di dalam satu kumpulan dan diberi tempoh  40 minit dua pusingan. Pertemuan dua pasukan ini telah memihak kepada Kumpulan Aiman dengan tiga jaringan keatas pasukan lawan. Syukur alhamdulillah.

Bagi saya, perlawanan sebegini harus dilaksanakan dan wajar ditetapkan di dalam takwim sesebuah universiti atau sekolah. Ini kerana, setiap kumpulan yang beraksi bukanlah dari kalangan orang-orang yang kita kenali bahkan tidak pernah kita jumpai walaupun tempat pengjian yang sama.

Dengan bola, semua perkara boleh berlaku. Pergaduhan, pertikaian dan sebagaiya. Namun, janganlah kita memandang sebelah mata dengan sebiji bola. Bola juga mampu membawa kepada kerjasama di dalam kumpulan, persefahaman ahli kumpulan, sifat tolong menolong antara satu sama lain.

Sifat sebeginilah yang perlu kita pupuk dan didik dalam setiap jiwa yang bergelar seorang MUSLIM. Perkataan tolong terdapat beberapa tempat di dalam al quran seperti pada surah al maa idah 5:2

perlawanan berlangsung
ﯭ  ﯮ  ﯯ  ﯰ  ﯲ  ﯳ   ﯴ  ﯵ     ﯶ  ﯸ  ﯹ  ﯻ     ﯼ  ﯽ  ﯾ  
" dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Dengan permainan sebji bola, badan kita mampu mengeluarkan peluh dan impaknya memberi kesan pada akal. Seperti di dalam pepatah arab,

" Akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat "

Selamat beriadah.
tamat perlawanan

Beriadah salah satu sunnah Rasululullah

al faqir
Izzat Shukur

Monday, December 12, 2011

Tinta 2 ~ Rezeki Allah

Assalamualaikum w.b.t..

11 Disember 2012( Petang)

Saya bersama beberpa teman serumah cuba untuk membuat masakan Tradisional Morocco iaitu KUSKUS. Makanan ini telah menjadi kebiasaan orang Morocco/Maghribi pada setiap hari Jumaat. Makanan ini seringkali disediakan bersama dengan susu masam lembu(Laban).

Proses kuskus
Makanan ini agak asing bagi sya pada permulaan pertemuan di sini. Tetapi, alangkah ruginya jika saya tidak mempelajari atau mengathui cara2 menyediakan makanan ini. Benar kata Allah di dalam Surah Al Hujurat 49:13

ﭵ  ﭶ  ﭷ     ﭸ  ﭹ  ﭺ  ﭻ  ﭼ   ﭽ  ﭾ  ﭿ  
" Hai manusia, sesunguhnya Kami menciptakan kami dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal "

Alhamdulillah, takdir telah menetapkan saya smpai disini supaya sya saling kenal mengenal antara stu sama lain. Bahkan hasil kenalan ini mampu mendatangkan pengethuan mengenai amalan2 tradisional orang Morocco khususnya.

Natijahnya, kehidupan bnyak mengajar erti  dalam merungkai segala macam permasalahan. Dan kehidpan juga mendatangkan satu penglaman yang dpt dikongsi bersama.

Tepat jam 8.00 malam, makanan kuskus siap dihidangkan untuk djamu kepada ahli2 rumah.

Alhamdulillah, Rezeki Allah s.w.t
ﭽ  ﭾ  ﭿ  ﮀ  ﮁ  ﮂ  ﮃ  ﮄ   
" Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu " al baqarah 2:172.






Pengalaman Mematang Kehidupan,

al faqir
Izzat Shukur

Motivasi 2 ~ Indahnya Sabar

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar pmbca sklian?..say..alhamdulillah....
Moga kehadiran pmbca sklian mendatangkan 1000 makna dlm erti kehidupan.

Ungkapan sabar mudah disebut. Tetapi kesabaran yang bagaimana perlu dilaksanakan tatkala ditimpa musibah, ujian, cabaran dan sbgainya. Bahkan, ungkapan ini seringkali mendapat tmpat dibenak fikiran ketika ditimpa pelbagai musibah melanda diri.

Sya disoal bagaimna yg dikatakan dngan ungkapan " SABAR "
Apabila seseorang yang ingin berkongsi pnglman suka dan duka dngan saya..ungkapan SABARlah yang sering kali keluar dari mulut saya.

Skrang, bagaimanakah gmbaran sabar itu??...sabar tdak dpt digmbarkan dgn mata kasar kita, tetapi kita mampu memandu kesabaran tersebut dgn izin Sang Pencipta Makhluk. Penulis cuba bawakan 3 method untuk menafsirkan perktaan "SABAR"

  • Apabila ditimpa kesulitan, menghadapi dengan berlapang dada
  • Kemahuan yang tinggi untuk merungkai permasalah yg dihadapi
  • Ketabahan yang besar dalam fizakal dan mental
Perkataan "SABAR" telah mendapat tmpat di dalam Al-Quran antaranya :

ﯰ  ﯱ   ﯲ  ﯳ  ﯴ   ﯵ  ﯷ  ﯸ  ﯹ  ﯺ     
" wahai orang2 yang beriman, mintalah pertolongan(kpda Allah) dengan SABAR dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang2 yang SABAR" al baqarah 2:153

Kehebatan orang beSabar hebat disisi Allah s.w.t......Demikian cerita yang berlaku kpda Saidina Abu Bakar ketika mana terbaring sakit. Ditnya para shabt kepdanya(Abu Bakar), "Bolehkah kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?"

Dijwab Abu Bakar, "Seorang tabib telah memeriksaku". Para shbat bertnya," apa yg diperktakan tabib". Ia berkta, "Sesungguhnya aku boleh melalukan apa saja yang aku mahu."

BERSABARLAH kerana ALLAH, sbgaimna kesbran orang yg yakin akan dtangnya kemudahan, mngharap pahala dan meyakini tmpat kambali yg baik....

Dalam kitab La Tahzan( jagn bersedih) krangn Dr 'Aidh Al Qarni ada mnceritakan,
beliau(pngrang kitab) pernh trbca satu kisah, shinggakan beliau terpgun dngan kesabaran dan agungya ketabahan mereka. Apa yg diperkatakan :
"Deraan musibah itu mereka anggap sebgai titisan air dingin yang memercik di ats kpla merka, dan di dalam waktu singkat, mereka dapat melupakan smua kesedihan itu".

Benarlah kata2 Allah di dalam Al Quran surah Ali Imran 3:146

ﯡ  ﯢ  ﯣ  
"Allah menyukai orang2 yg sabar"

Mari kita amalkan doa dari salah satu ayt Allah:


Ujian itu Manis, Sabar itu lagi Manis..
al-faqir
Izzat Shukur

Thursday, December 8, 2011

Bicara Ilmu 2 ~ 10 Muharram

Assalamualaikum w.b.t
Sidang pembca yg dirahmati Allah s.w.t..
Selmat menymbut Tahun Baru Hijri 1433..

Sumber rujukan untuk kali ini dari kitab 'Mukasyafatul Qulub' oleh Imam Nawawi bab yang ke-6 kelebihan A'syura m/s 263.....

Dalam kitab ini, Imam Nawawi bawakan kapada kita dari cerita Ibnu Abbas r.h...pnulis tdak bermnat untuk trjemahkan tetapi skdar perkongsian cerita/peristiwa yang berlaku..

1.   Diterima taubat nabi Allah Adam a.s
2.   Dicipta Nabi Adam a.s
3.   Dimasukkan Nabi Adam a.s ke dalam syurga
4.   Dicipta Arasy, Kursi, Langit, Matahari, Bulan, Bintang
5.   Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s
6.   Selamat Nabi Ibrahim dari api (api Raja Namrud)
7.   Selamat Nabi Musa dan pengikutnya
8.   Tenggelamnya Fira'un
9.   Dilahirkan Nabi Isa a.s
10. Diangkat Nabi Isa ke langit
11. Diangkat Nabi Idris a.s di kedudukan tinggi (langit)
12. Mendarat kapal Nabi Nuh di atas Bukut Judi
13. Diberi Nabi Sulaiman kerajaan/takhta yang besar
14. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
15. Dikembalikan penglihatan Nabi Ya'kob
16. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripda telaga
17. Disembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya
18. Hujan pertama yang diturunkan dari langit ke bumi

Moga peristiwa-peristiwa seperti ini menambahkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t...



"Hijrah satu Penghayatan"

Monday, November 28, 2011

Tinta 1 ~ Ke Casablanca Morocco(ziarah)

Assalamualaikum w.b.t....
pembaca yang budiman, entry kali ini berkaitan perjalanan penulis dan beberapa sahabat yang lain ke Casablanca.

Casablanca Morocco merupakan salah satu wilyah ekonomi di bumi Morocco. Seandainya pengunjung/tetamu dari luar kesini, mereka dapat melihat kesibukkan hamba-hamba ALLAH mencari rezki, bahkah mereka sentiasa terisi pekikkan hon kereta yang sibuk di atas permukaan jalan..

Pada tanggal 21/11/2011(Ahad), penulis menerima satu info di facebook berkaitan dengan kepulangan seorang hamba ALLAH untuk bertemu denganya, Innalillaahi wa innaa ilaihi raji'nun..iaitu Bapa kepada sahabat penulis Sdr Haeqal Bin Ishak yang baru kembali kerahmatullah sekitar jam 4.00 pg waktu Malaysia...Takziah diucakapkan kepda sdr Haeqal..
Haeqal Ishak(sentiasa snyum)

Setiap manusia yang bernyawa, tdak lepas dari kematian, sepertimana Allah berfirman di dalam kitabNya  :

ﯺ  ﯻ  ﯼ   ﯽ  ﯿ  ﰀ  ﰁ  ﰂ  ﰄ  ﰅ  
" Setiap manusia yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukkan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan " surah al-anbiya 21:35

Saya teringat satu nukilan kata dari ayahku ketika mana ayahku datang ke sekolah untuk sesi lawatan dan memberitahu sahabat sekerja yg baru shja meninggal, En Fauzi(kalau tidak salah), ucaplah kalimah Innalillaahi wa inna ilaihi raji'un diawalnya sebelum bertanya lebih lanjut tentang sesuatu musibah.

Lafaz ini terkandung di dalam al-quran pada ayat 156 surah al-Baqarah :
ﭮ  ﭯ       ﭰ  ﭱ  ﭲ  ﭳ     ﭴ  ﭵ    ﭶ       ﭷ     
" iaitu orang-orang yang apabila ditumpa musibah, mereka mengucapkan Innalillaah hi wa inna ilaihi raji'uun(sesunguhnya kami adalah milik Allah dan kepdaNyalah kami kembali "

Allah syangkan mereka, mereka berhak bertemu dengan Allah s.w.t......
Doakan mereka berada bersama-sama orang yang dikasihi oleh Allah s.w.t.....
Al- Fatihah....









Sunday, November 27, 2011

Bicara Ilmu 1~ Hijrah Satu Strategi

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini, penulis cba membawa satu diskusi berkaitan dngn " Hijrah Satu Strategi "
Penulis beranggapan ramai dikalngan pembaca skrang ini, sudah mahir berkaitan dngan Ilmu Penghijrahan Rasulullah S.A.W dan strategi2 menarik yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah..

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1433H...
Kebiasaanya, setiap manusia inginkan kepada kehidupan yang terbaik dalam kehidupan seharian. Tetapi, sejauh manakah perlaksanaan yang dibuktikan dalam kehidupan tarhadap diri yang kita pandu.?erm3x

Kita ketahui, penghijrahan Rasulullah boleh dipandang dari bnyak skop yang luas seperti Strategi Penghijrahan, Ukhwah persahabatan yang dibina, Keyakinan diri, dan sebagainya. Maka, sesuatu perkara yang dibina atas dasar keimanan, kekuatan jiwa dan mental, strategi yang hebat akan menghasilkan suatu produktiviti yang berkesan samada dari  segi pekerjaan ataupun dalam kehidupan.

Pembca sering kali mendngar kata2 " Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam, Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini " ungkapan inilah menjadi pembakar semngat pada sesetengah insan untuk berusaha kearah suatu perubhan/ penghijrahan dalm kehidupan.

Strategi perubahan/penghijrahan perlu kukuh dan bernas untuk merealisasikan penghijrahan kita berjaya. Binalah strategi kehidpan dengan beberapa perkara asas seperti brikut :

1. Bina mengikut kemampuan/tahap diri kita, Firman Allah S.W.T dalm surah Al-baqarah:286
     "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya "

2. Perlu kepada istiqamah seperti ayat ALLAH :
   " Maka tetaplah(istiqamah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana deperintahkan kepadamu     dan(juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan " Hud :112



3. Berubah kepada akhlak yang baik.








Kata ALLAH s.w.t di dalm al-quran :

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”  An- Nisa' : 100


Semoga Berjaya !!








" HIJRAH SATU PENGHAYATAN "


al faqir
Izzat Shukur