Pages

Friday, December 16, 2011

Tinta 3 ~ Banyak Perkara Dengan BOla

Assalamualaikum w.b.t
 Tajuk entry kali ini "Banyak Perkara Dengan Bola".

15 Disember 2012, saya terlibat secara langsung dalam sukan futsal peringkat Universiti Muhammedia, Morocco. Syukur alhamdulillah kerana tahun ini saya diberi kepercayaan untuk mewakili Fakulti Pengajian Islam  menyertai perlawan futsal peringkat universiti sesi 2011/2012.

ada apa dengan bola
Jam 10pg, beraksinya perlawanan antara kumpulan saya(Kumpulan Aiman) dan kumpulan(Loskoskos). Perlawanan yang telah disyaratkan enam sebelah di dalam satu kumpulan dan diberi tempoh  40 minit dua pusingan. Pertemuan dua pasukan ini telah memihak kepada Kumpulan Aiman dengan tiga jaringan keatas pasukan lawan. Syukur alhamdulillah.

Bagi saya, perlawanan sebegini harus dilaksanakan dan wajar ditetapkan di dalam takwim sesebuah universiti atau sekolah. Ini kerana, setiap kumpulan yang beraksi bukanlah dari kalangan orang-orang yang kita kenali bahkan tidak pernah kita jumpai walaupun tempat pengjian yang sama.

Dengan bola, semua perkara boleh berlaku. Pergaduhan, pertikaian dan sebagaiya. Namun, janganlah kita memandang sebelah mata dengan sebiji bola. Bola juga mampu membawa kepada kerjasama di dalam kumpulan, persefahaman ahli kumpulan, sifat tolong menolong antara satu sama lain.

Sifat sebeginilah yang perlu kita pupuk dan didik dalam setiap jiwa yang bergelar seorang MUSLIM. Perkataan tolong terdapat beberapa tempat di dalam al quran seperti pada surah al maa idah 5:2

perlawanan berlangsung
ﯭ  ﯮ  ﯯ  ﯰ  ﯲ  ﯳ   ﯴ  ﯵ     ﯶ  ﯸ  ﯹ  ﯻ     ﯼ  ﯽ  ﯾ  
" dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Dengan permainan sebji bola, badan kita mampu mengeluarkan peluh dan impaknya memberi kesan pada akal. Seperti di dalam pepatah arab,

" Akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat "

Selamat beriadah.
tamat perlawanan

Beriadah salah satu sunnah Rasululullah

al faqir
Izzat Shukur

No comments:

Post a Comment