Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar anda kalian??
Tinta 2012 menjadi maudu'(tajuk) pembuka tirai tahun 2012, penulis mengucapkan " Ahlan Wasahlan 2012 ".
Moga tahun ini merupakan tahun yang terbaik bagi tahun-tahun yang lalu. I.Allah...
Apakah perancagan anda untuk tahun 2012??
Sudahkah anda membina gambaran kehidupan 2012??
Mungkin anda tartanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan perancangan ataupun membina gambaran 2012 ??
Apa yang ingin disampaikan ialah, adakah anda telah membina strategi kehidupan seharian, mngguan, bulanan ataupun tahunan anda. Jika belum, anda masih belum terlambat untuk membina strategi kehidupan ini.
Mengapa perlu kepada strategi kehidupan ??
Ungkapan "Strategi" menjadi sebutan manusia di dalam ilmu peperangan, pembelajaran dan sebagainya. Sebagai contoh di dalam peperangan baginda Rasulullah S.A.W. Baginda turut membina strategi peperangan untuk menempuh pihak musuh.
STRATEGI KEHIDUPAN juga amatlah diperlukan untuk diaplikasikan dalam tentatif seharian kita. Dengan adanya strategi ini, kita mampu jadikan diri kita istiqamah(berterusan) setiap apa yang kita rancang dengan izin-Nya.InsyaAllah.
Rancanglah "Strategi Kehidupan" anda kearah kebaikan mengikut nas-nas syara' dan hukum hakam yang ditetapkan di dalam agama Allah yang murni ini(ISLAM).
Sebagai contoh :
aktiviti harian : Membaca Al- Quran 3 helai sehari dan sebagainya.
aktiviti mingguan : Membantu Ibu Bapa dihujung minggu dan sebagainya.
aktiviti bulanan : Cuba untuk bangun qiamullail dan sebagainya.
aktivti tahunan : Menghabiskan satu juzuk al-quran mahupun surah-surah pilihan dan sebagainya.
" Kita Merancang, Allah Juga Merancang, Dan Allahlah sebaik-baik perancang "
al-Faqir
Izzat Shukur
No comments:
Post a Comment