Pages

Monday, January 16, 2012

Tinta 4 ~ Akal Yang Hebat

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu, 20 Safar 1433H
Pintu Masuk Morocco Mall

Entry kali ini berkaitan perjalanan saya bersama teman-teman seperjuangan ke Casablanca, Morocco.

Kami mula bertolak pada pukul 1.30 tgh ke Casablanca. Perjalanan mengambil masa satu jam dari tempat saya Muhammedia ke Casablanca.

Destinasi kami di Casablanca adalah Morocco Mall. Moroccol Mall ini merupakan salah satu Markaz Tijari (Pusat membeli belah) yang pertama terbesar di Benua Afrika dan merupakan pusat membeli belah ke-4 di dunia yang terbesar.

Moga Markaz Tijari ini dapat menyumbangkan hasil ekonominya kepada dunia islam dan juga dapat membantu perjuangan islam di atas muka bumi Allah ini.

Bagi saya insan yang fakir ini, Morocco Mall bukanlah satu bangunan yang perlu digahkan bahkah disanjung, tetapi apabila sepanjang keberadaan saya di dalam Morcco Mall ini banyak perkara bermain di dalam kotak minda saya.

Antaranya ialah, kehebatan Allah s.w.t menciptakan manusia serta memberikan akal untuk manusia berfikir. Di sini, kita dapat lihat pelbagai sturuktur binaan yang telah dibina seperti akuarium di tengah pusat membeli belah, air pancut berirama dan sebagainya. Hebatnya Akal yang diberikan Allah kepada hambaNya. Pandulah akal kita kearah mencapai redha Ilahi. I.Allah

akuarium
Antara perkara menarik perhatian saya ialah, apbila masuknya waktu solat,  kedengaran laungan Azan bergema di setiap corong-corong speaker di pusat membeli belah. Pada ketika itu, kelihatan beberapa pengunjung dari negara jiran seperti Spain, France yang bukan beragama islam turut menghormati panggilan solat tersebut. Moga mereka memperolehi hidayah untuk memasuki dunia Islam. I.Allah
Musolla Morocco Mall

Moga perjalanan sepanjang hari ini dapat redha ilahi dan jadikan kami orang-orang yang berfikir tentang apa yang kamu ciptakan serta kehebatanMu Ya Allah.





" BERFIKIR SEJENAK "

al faqir
Izzat Shukur

No comments:

Post a Comment