Pages

Friday, December 16, 2011

Tinta 3 ~ Banyak Perkara Dengan BOla

Assalamualaikum w.b.t
 Tajuk entry kali ini "Banyak Perkara Dengan Bola".

15 Disember 2012, saya terlibat secara langsung dalam sukan futsal peringkat Universiti Muhammedia, Morocco. Syukur alhamdulillah kerana tahun ini saya diberi kepercayaan untuk mewakili Fakulti Pengajian Islam  menyertai perlawan futsal peringkat universiti sesi 2011/2012.

ada apa dengan bola
Jam 10pg, beraksinya perlawanan antara kumpulan saya(Kumpulan Aiman) dan kumpulan(Loskoskos). Perlawanan yang telah disyaratkan enam sebelah di dalam satu kumpulan dan diberi tempoh  40 minit dua pusingan. Pertemuan dua pasukan ini telah memihak kepada Kumpulan Aiman dengan tiga jaringan keatas pasukan lawan. Syukur alhamdulillah.

Bagi saya, perlawanan sebegini harus dilaksanakan dan wajar ditetapkan di dalam takwim sesebuah universiti atau sekolah. Ini kerana, setiap kumpulan yang beraksi bukanlah dari kalangan orang-orang yang kita kenali bahkan tidak pernah kita jumpai walaupun tempat pengjian yang sama.

Dengan bola, semua perkara boleh berlaku. Pergaduhan, pertikaian dan sebagaiya. Namun, janganlah kita memandang sebelah mata dengan sebiji bola. Bola juga mampu membawa kepada kerjasama di dalam kumpulan, persefahaman ahli kumpulan, sifat tolong menolong antara satu sama lain.

Sifat sebeginilah yang perlu kita pupuk dan didik dalam setiap jiwa yang bergelar seorang MUSLIM. Perkataan tolong terdapat beberapa tempat di dalam al quran seperti pada surah al maa idah 5:2

perlawanan berlangsung
ﯭ  ﯮ  ﯯ  ﯰ  ﯲ  ﯳ   ﯴ  ﯵ     ﯶ  ﯸ  ﯹ  ﯻ     ﯼ  ﯽ  ﯾ  
" dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Dengan permainan sebji bola, badan kita mampu mengeluarkan peluh dan impaknya memberi kesan pada akal. Seperti di dalam pepatah arab,

" Akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat "

Selamat beriadah.
tamat perlawanan

Beriadah salah satu sunnah Rasululullah

al faqir
Izzat Shukur

Monday, December 12, 2011

Tinta 2 ~ Rezeki Allah

Assalamualaikum w.b.t..

11 Disember 2012( Petang)

Saya bersama beberpa teman serumah cuba untuk membuat masakan Tradisional Morocco iaitu KUSKUS. Makanan ini telah menjadi kebiasaan orang Morocco/Maghribi pada setiap hari Jumaat. Makanan ini seringkali disediakan bersama dengan susu masam lembu(Laban).

Proses kuskus
Makanan ini agak asing bagi sya pada permulaan pertemuan di sini. Tetapi, alangkah ruginya jika saya tidak mempelajari atau mengathui cara2 menyediakan makanan ini. Benar kata Allah di dalam Surah Al Hujurat 49:13

ﭵ  ﭶ  ﭷ     ﭸ  ﭹ  ﭺ  ﭻ  ﭼ   ﭽ  ﭾ  ﭿ  
" Hai manusia, sesunguhnya Kami menciptakan kami dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal "

Alhamdulillah, takdir telah menetapkan saya smpai disini supaya sya saling kenal mengenal antara stu sama lain. Bahkan hasil kenalan ini mampu mendatangkan pengethuan mengenai amalan2 tradisional orang Morocco khususnya.

Natijahnya, kehidupan bnyak mengajar erti  dalam merungkai segala macam permasalahan. Dan kehidpan juga mendatangkan satu penglaman yang dpt dikongsi bersama.

Tepat jam 8.00 malam, makanan kuskus siap dihidangkan untuk djamu kepada ahli2 rumah.

Alhamdulillah, Rezeki Allah s.w.t
ﭽ  ﭾ  ﭿ  ﮀ  ﮁ  ﮂ  ﮃ  ﮄ   
" Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu " al baqarah 2:172.






Pengalaman Mematang Kehidupan,

al faqir
Izzat Shukur

Motivasi 2 ~ Indahnya Sabar

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar pmbca sklian?..say..alhamdulillah....
Moga kehadiran pmbca sklian mendatangkan 1000 makna dlm erti kehidupan.

Ungkapan sabar mudah disebut. Tetapi kesabaran yang bagaimana perlu dilaksanakan tatkala ditimpa musibah, ujian, cabaran dan sbgainya. Bahkan, ungkapan ini seringkali mendapat tmpat dibenak fikiran ketika ditimpa pelbagai musibah melanda diri.

Sya disoal bagaimna yg dikatakan dngan ungkapan " SABAR "
Apabila seseorang yang ingin berkongsi pnglman suka dan duka dngan saya..ungkapan SABARlah yang sering kali keluar dari mulut saya.

Skrang, bagaimanakah gmbaran sabar itu??...sabar tdak dpt digmbarkan dgn mata kasar kita, tetapi kita mampu memandu kesabaran tersebut dgn izin Sang Pencipta Makhluk. Penulis cuba bawakan 3 method untuk menafsirkan perktaan "SABAR"

  • Apabila ditimpa kesulitan, menghadapi dengan berlapang dada
  • Kemahuan yang tinggi untuk merungkai permasalah yg dihadapi
  • Ketabahan yang besar dalam fizakal dan mental
Perkataan "SABAR" telah mendapat tmpat di dalam Al-Quran antaranya :

ﯰ  ﯱ   ﯲ  ﯳ  ﯴ   ﯵ  ﯷ  ﯸ  ﯹ  ﯺ     
" wahai orang2 yang beriman, mintalah pertolongan(kpda Allah) dengan SABAR dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang2 yang SABAR" al baqarah 2:153

Kehebatan orang beSabar hebat disisi Allah s.w.t......Demikian cerita yang berlaku kpda Saidina Abu Bakar ketika mana terbaring sakit. Ditnya para shabt kepdanya(Abu Bakar), "Bolehkah kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?"

Dijwab Abu Bakar, "Seorang tabib telah memeriksaku". Para shbat bertnya," apa yg diperktakan tabib". Ia berkta, "Sesungguhnya aku boleh melalukan apa saja yang aku mahu."

BERSABARLAH kerana ALLAH, sbgaimna kesbran orang yg yakin akan dtangnya kemudahan, mngharap pahala dan meyakini tmpat kambali yg baik....

Dalam kitab La Tahzan( jagn bersedih) krangn Dr 'Aidh Al Qarni ada mnceritakan,
beliau(pngrang kitab) pernh trbca satu kisah, shinggakan beliau terpgun dngan kesabaran dan agungya ketabahan mereka. Apa yg diperkatakan :
"Deraan musibah itu mereka anggap sebgai titisan air dingin yang memercik di ats kpla merka, dan di dalam waktu singkat, mereka dapat melupakan smua kesedihan itu".

Benarlah kata2 Allah di dalam Al Quran surah Ali Imran 3:146

ﯡ  ﯢ  ﯣ  
"Allah menyukai orang2 yg sabar"

Mari kita amalkan doa dari salah satu ayt Allah:


Ujian itu Manis, Sabar itu lagi Manis..
al-faqir
Izzat Shukur

Thursday, December 8, 2011

Bicara Ilmu 2 ~ 10 Muharram

Assalamualaikum w.b.t
Sidang pembca yg dirahmati Allah s.w.t..
Selmat menymbut Tahun Baru Hijri 1433..

Sumber rujukan untuk kali ini dari kitab 'Mukasyafatul Qulub' oleh Imam Nawawi bab yang ke-6 kelebihan A'syura m/s 263.....

Dalam kitab ini, Imam Nawawi bawakan kapada kita dari cerita Ibnu Abbas r.h...pnulis tdak bermnat untuk trjemahkan tetapi skdar perkongsian cerita/peristiwa yang berlaku..

1.   Diterima taubat nabi Allah Adam a.s
2.   Dicipta Nabi Adam a.s
3.   Dimasukkan Nabi Adam a.s ke dalam syurga
4.   Dicipta Arasy, Kursi, Langit, Matahari, Bulan, Bintang
5.   Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s
6.   Selamat Nabi Ibrahim dari api (api Raja Namrud)
7.   Selamat Nabi Musa dan pengikutnya
8.   Tenggelamnya Fira'un
9.   Dilahirkan Nabi Isa a.s
10. Diangkat Nabi Isa ke langit
11. Diangkat Nabi Idris a.s di kedudukan tinggi (langit)
12. Mendarat kapal Nabi Nuh di atas Bukut Judi
13. Diberi Nabi Sulaiman kerajaan/takhta yang besar
14. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
15. Dikembalikan penglihatan Nabi Ya'kob
16. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripda telaga
17. Disembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya
18. Hujan pertama yang diturunkan dari langit ke bumi

Moga peristiwa-peristiwa seperti ini menambahkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t...



"Hijrah satu Penghayatan"