Pages

Friday, May 18, 2012

Copy 4 ~ Sayang Ibu Ayah

Assalamualaikum

Renungan bersama :)

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. 




Thursday, May 10, 2012

Copy 4 ~ Fahami Batasan Aurat Mudah

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ini, saya hanya ambk gambar dari internet dan kongsi bersama..
supaya kita sama-sama dapat faedahnya.

Allah berfirman yg bermaksud : "Katakanlah wahai wanita yg BERIMAN :'Hendaklah mereka menahan 
pandangannya dan kemaluannya,serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yg (biasa) 
nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya.Dan janganlah menampakkan 
perhiasannya kecuali kepada SUAMI mereka,atau AYAH mereka,atau AYAH SUAMI (bapa mertua),atau 
PUTERA-PUTERA mereka (anak-anak lelaki),atau PUTERA-PUTERA SUAMI mereka (anak tiri),atau 
SAUDARA-SAUDARA LELAKI mereka (adik-beradik lelaki),atau PUTERA-PUTERA SAUDARA 
LELAKI mereka (anak saudara lelaki bagi adik lelaki atau abang),atau PUTERA-PUTERA SAUDARA 
PEREMPUAN mereka (anak saudara lelaki bagi adik perempuan atau kakak),atau WANITA-WANITA 
ISLAM,atau budak-budak yg mereka miliki,atau pelayan-pelayan lelaki yg tidak mempunyai keinginan 
(terhadap wanita) atau anak-anak yg belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan 
kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah.hai 
orang yg BERIMAN supaya kamu BERUNTUNG." (Surah al-Nur 24:31)









" Hamba Prihatin "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

Tuesday, May 8, 2012

Motivasi 6 ~ I'rab Hati




Assalamualaikum w.b.t…
apa khabar kalian semua??

Bagi mereka yang baru pertama kali mengunjungi blog ini, selamat datang saya ucapkan, manakala yang sering mengikuti perkembangan di sini, terima kasih dan teruskan berziarah..semoga apa yang baik itu diambil dan yang kurang itu ditinggal sahaja di halaman ini. J

Untuk kali ini, saya bawakan pada kalian dengan I’rab hati (إعرب القلوب) ataupun dengan makna yang lain pembahagian/ keadaan hati(احوال القلوب)

Bagi mereka yang mempelajari bahasa arab, mereka tidak terlepas dengan perkataan I’rab. Tujuan I’rab ini adalah untuk kita mengetahui cara bagaimana hendak membaca, menulis dengan baik di dalam bahasa arab.

*tidak perlu mengulas panjang..hehee

إعراب القلوب على اربعة انواع ( I’rab hati ini ada 4 jenis)

Pertama

Rafa’(رفع)
Makna rafa’ iaitu mengangkat. Iaitu mengangkat hati kita kepada Allah s.w.t

Bagaimana perlaksanaannya??
  • Iaitu dengan kita zikrullah atau mengingatinya dengan mulut, lisan, hati, dan seluruh anggota badan kita.
  • Iaitu kita sentiasa bertahmid, bertasbih, dan bertakbir kepadanya.

Tanda-tanda rafa’ (علامة الرفع) ada tiga, iaitu :
  • (موافقة السنة) iaitu kita melaksanakan serta menghayati sunah rasulullah s.aw baik dari segi perkataan, perbuatan, ketetapan nabi, akhlak baginda dan kehidupannya.
  • Rindu kepada Allah dan hari akhirat
  • Melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Allah dan meninggal apa yang ditegah


Kedua

Fath(فتح)
Makna Fath iaitu membuka. 

Bagaimana perlaksanaannya??

Iaitu dengan setiap masa, setiap detik, tempat, keadaan kita dengan Allah s.w.t

Tanda-tanda fath(علامة الفتح) ada tiga :
  •              Tawakkal
  •              Jujur
  •              Yakin


Untuk bab khafadh dan waqaf yang akan diterangkan di bawah ini, dua jenis ini kita perlu hilangkan daripada diri kita kerana ia boleh dikategorikan dengan sifat mazmumah

Ketiga

Khafadh(خفض)
Makna khafadh iaitu menurunkan. Iaitu ketika mana hati kita lalai dari Allah s.w.t

Tanda-tanda khafadh(علامة الخفض) ada tiga juga, iaitu :
  • Ujub
  • Riak
  • Mengutamakan urusan dunia lebih daripada urusan akhirat(الانشغال بالدنيا)


               Keempat
           
             Waqaf(وقف)
             Makna waqaf ialah berhenti. Iaitu hati kita berhenti daripada cayaha serta petunjuk Allah.
         
              Tanda-tanda waqaf (علامة الوقف) juga ada tiga, iaitu :
  • Tidak ada rasa kemanisan apabila menyebut nama Allah
  • Tidak rasa pahit dengan perkara maksiat
  • Menyamakan perkara halal dengan yang haram dan sebaliknya.


" MADRASAH KEHIDUPAN "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

* Kitab Tasauf




Monday, May 7, 2012

Copy 3 ~ bermula 3 tanda manusia hebat







Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

... Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.





from facebook..

Friday, May 4, 2012

MOTIVASI 5 ~ SUBUH HADIAH DARI ALLAH



Assalamualaikum..
saya harap kalian sentiasa di bawah naungan rahmat darinya.
Rasa terpanggil diri ini untuk saya menulis tajuk tentang "SUBUH HADIAH DARI ALLAH"

Solat subuh merupakan salah satu solat yang diwajibkan ke atas umat islam. Tetapi, sebahagian daripada kita mengambil mudah terhadap pelaksanaanya. Bagi seorang lelaki, nilai tertinggi dalam ujian ini ialah SOLAT SUBUH BERJEMAAH manakala nilai ujian tertinggi bagi wanita ialah SOLAT SUBUH tepat waktunya di rumah. Seseorang itu dikira gagal sekiranya mereka tidak solat pada waktu yang ditetapkan oleh Sang Pencipta Makhluk.

DI dalam melaksanakan solat fardu ini, pelbagai ragam yang akan kita dapati, antaranya :
  • Ada yang mengerjakan di masjid
  • Ada yang mengerjakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan dirumah
  • Ada yang mengerjakan solat pada hujung batas waktunya
  • Dan banyak lagi…tetapi yang terbaik ialah :

Mengerjakan salat fardu secara berjemaah di masjid/surau pada awl waktunya.

من حافظ على صلاة الفجر في جماعة فقد، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر وصلاة العشاء. في رواية : مايشهدهما منافق

“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan insyak “

Moga Allah tidak sesekali menjadikan kita termasuk golongan munafiq

Pernahkah kita apabila menghadiri kem-kem motivasi diajukan soalan seperti berikut, sudahkah kamu menunaikan solat subuh?? Ada yang mengangkat tangan, ada yang menyorokkan tangan dan sebagainya.

Dunia yang fana ini, banyak permasalahan yang bila dirujuk. Bersumberkan dari pelaksanaan solat subuh yang diringan-ringankan. Para sahabat Rasulullah s.a.w sekuat tenaga berusaha agar tidak kehilangan waktu emas ini.

Rasulullah s.a.w. apabila meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati.

Di dalam buku karangan Dr Raghib As Sirjani, seorang Yahudi berkata:

“Kami baru takut terhadap umat islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti mengerjakan solat Jumaat”
 Dr Ali Abdus Sami Husain di dalam penulisannya,
 “Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung”.
Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapat kemenangan, kecuali telah terpenuhi semua syarat-syaratnya.
Jaminan Allah bagi mereka yang menjaga solat subuhnya berdasarkan hadis Nabi s.a.w :
“Tidak akan masuk neraka. Orang-orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahati” Riwayat Muslim
Oleh itu, Solat Subuh merupakan hadiah dari Allah s.w.t…dan ia tidak diberikan, kecuali kepada orang-orang yang taat lagi bertaubat.
Hati yang diisi dan dipenuhi dengan cinta kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun untuk solat Subuh? Hati yang tertutup dosa, bagaimana mungkin akan terpengaruh dengan hadith-hadith yang berbicara tentang keutamaan solat Subuh.
Saya berharap, agar kita lebih prihatin dan bertanggungjawab tentang waktu yang ditetapkan Allah s.w.t. Luangkan sedikit masa dengan waktunya. Moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang benar di atas jalannya.

" MADRASAH KEHIDUPAN "
al faqir Ila Rabbihi

*peringatan bersama


Thursday, April 19, 2012

Bicara Ilmu 9 ~ ANTARA KITA DAN DIA



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ANTARA KITA DAN DIA

Tajuk entry kali ini ingin saya kupaskan  tentang bicara “UKHWAH”

Saya percaya, pembaca sekalian tidak pernah putus-putus  mendengar perkataan UKHWAH, apatah lagi sekiranya seseorang itu  berada di dalam kelompok usrah(keluarga), berorganisasi, berpersatuan dan seumpama denganya.

Perkataan ‘ukhwah’ hanyalah satu perkataan yang mudah dilafaz dan kadang-kadang ia mampu menjadi buah pemanis mulut, penyedap hati dan telinga yang mendengar. Bagi saya, untuk menzahirkannya agaklah sukar apatah lagi hendak menyemai antara kita dan dia di dalam hati.

Benar kata Allah di dalam al quran Surah Al Anfaal ayat 63 :

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
 
Ukhwah Islamiyah  ini ialah persaudaraan atau kasih sayang untuk mendapat keredaan-Nya. Konsep ini merupakan hadiah atau pemberian daripada Allah. Dan Allahlah yang melontarkan kepda hati-hati pilihannya.

Semoga kita termasuk di dalam pilihan Allah. J

Ukhwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Agama islam agama yang syumul, cantik untuk kita hayati. Untuk mendalami ukhwah ini, Islam gariskan beberapa panduan untuk kita dan dia :  
  •  Apabila seseorang mengasihi saudaranya maka hendaklah dia memberitahu saudaranya itu    bahawa dia mengasihinya.
  •   Apabila hendak berpisah maka mintalah pada saudaranya agar berdoa untuknya pada masa berjauhan.
  •  Hendaklah saling ziarah-menziarahi daripada masa ke semasa.
  •  Mengucap tahniah kepada saudaranya pada waktu yang munasabah.
  •  Memberi hadiah pada sahabatnya mengikut keadaan-keadaan yg sesuai.
  •  Memberi keutamaan dalam menunaikan hajatnya.
  •  Memberi hak ukhwah yang lengkap kepadanya
      Said Ramadhan dalam kitabnya “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah.
      
      Moga ukhwah kita didasari dengan hati yang ikhlas kepda Allah.


      
     " Indahnya Ukhwah "


      alFaqir Ila Rabbihi





Monday, April 16, 2012

Tinta 8 ~ Kami Peduli Mereka

Assalamualaikum w.b.t

hampir dua bulan saya tidak bertinta dihalaman ini di atas kesibukkan menjalani liku-liku kehidupan. Untuk mengisi masa yang singkat ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa gambar dengan tema "Kami Peduli Mereka".

Tema ini saya namakan dalam melaksanakan program Bersamamu Palestin bersama sahabat-sahabat saya di Morocco. Saya berharap, program seumpama ini perlu dilaksanakan demi manfaat bersama...

Program Bersamamu Palestin dengan tema "Kami Peduli Mereka" bermula jam 6.45pagi waktu Morocco dengan perarakan mahawiswa ke stesyen bas. Kemudian diteruskan dari perhentian bas ke dewan Fus(dewan sukan malaysia(sukma'12)

















Di hadapan dewan Fus(dewan sukan malaysia(sukma'12)

Thursday, March 22, 2012

Isu Semasa 7 ~ 22 Mac 2004, Perginya Seorang Syahid



Hari ini, 22 MAC 2012 genaplah
lapan tahun pemergian Murabbi
yang sentiasa berada dalam hati
kita iaitu Syeikh Ahmad Yasiin
yang menemui kesyahidan pada
22 MAC 2004 ketika pulang
daripada menunaikan solat subuh
di Masjid..Beliau diserang dengan
3 butir peluru berpandu yang
dimuntahkan daripada Helikopter
Israel Laknatullah.
Al-Syahid Syeikh Ahmad Yassin
antara Murabbi yang cukup hebat
dan kuat ibadah seperti solat
Tahajjud ,membaca al-Quran dan
Dhuha juga semangat juangnya
walaupun beliau berada atas
kerusi roda dan beberapa waktu
kehidupannya beralaskan simen
dan berpintu jeriji besi.
Beliau juga sangat berdispilin
dengan ilmu. Antaranya, beliau
menggemari Kitab Bidayah Wal
Nihayah karangan Imam Ibnu
Kathir Rahimahullah dan selalu
meminta anak muridnya untuk
menguji ingatan dan hafalannya
terhadap isi kandungan kitab
tersebut di waktu hayatnya.
Inilah antara tubuh kecil yang
begitu ditakuti oleh Israel
sehingga diserang secara senyap-
senyap menggunakan mesin
perang.
Al-Fatihah buat As-Syahid Murabbi
Syeikh Ahmad Yasiin
Rahimahullah...





Monday, March 19, 2012

Tinta 7 ~ Program April

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Mac akan meninggalkan kita tidak lama lagi, maka akan datang bulan April dengan segan silu. Itulah lumrah kehidupan kita. Tanpa kita meminta, dia datang memberi.

Moga setiap pemberian hari demi hari ini, kita manfaatkan supaya yang kosong hari semalam diisi pada hari ini.I.Allah.

 Ingin saya kongsikan dengan pembaca berkaitan pepatah melayu kita " hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok mesti lebih baik dari hari ini ".

Pada hujung april nanti, saya bersama Exco Rohani dan Exco Pendidikan PMMM(persatuan mahasiswa malaysia morocco) diberi tugas untuk mengadakan satu program sehari suntuk bersempena kedatangan Dr Maszlee Malik ke sini.

Semoga apa yang dirancang turut serta dalam perancangan Allah. kerana kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancangan.

walaupun sejuk, hazbullah(Ketua Exco Pendidikan)
mampu berganding bahu

Gambar Hiasan






Saturday, March 17, 2012

Isu Semasa 6 ~ Perdamaian Palestin masih ada halangan kecil (ABBAS)





Abbas: Masih ada halangan kecil terhadap perdamaian Palestin(baik pulih dalaman Palestin)

Abbas atau Mahmud Abbas merupalan seorang ketua polis negara palestin.

"Kami telah bertemu di Doha dan bersepakat bentuk kerajaan tetapi masih ada halangan kecil..saya tak suka menjelasnya, namun saya harap halangan ini dapat disisihkan mudahan dapat membentuk kerajaan teknokrat(sementara) selama beberapa bulan untuk mengadakan pilihanraya," Kata Abbas.


Tambah beliau, "bilamana pilihanraya yang dijalankan itu berakhir maka kerajaan peralihan juga berakhirlah tempohnya, seterusnya akan terbentuklah kerajaan perpaduan sepertimana yang dipersetujui..insyaAllah."

Mahmud Abbas ( Ketua Polis Palestin )


Sumber 16/03/2012, web berita Safa.ps 

" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur 

Wednesday, March 14, 2012

Isu Semasa 5 ~ Semenanjung Ghaza, 26 Syahid 82 cedera





Kanak-kanak 7 tahun syahid akibat luka parah dalam serangan zionis baru-baru ini.

GAZA - Seorang kanak-kanak Palestin, Barkah Al-Maghribi, 7 telah syahid akibat luka parah yang dilalui ketika serangan-serangan zionis yang berlanjutan selama emapt hari di Gaza baru-baru ini.

Berhubung laporan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata, as-syahid Barkah mendapat luka parah yang teramat parah disebabkan pengeboman zionis pada dua hari yang lalu, kemudian mangsa dibawa ke hospital, namun pada pagi ini, mangsa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Serangan dan pengeboman zionis selama empat hari di Semenanjung Gaza mengakibatkan 26 orang penduduk Palestin syahid, manakala puluhan lagi cedera. Dari jumlah mangsa yang syahid, empat darinya adalah kanak-kanak, wanita dan empat orang penduduk yang berusia. 



Sumber 14/03/2012, web berita Safa.ps 


" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

* walaupun tumpuan dunia di Syria, jagan lupa saudara kita di Palestine 

Tuesday, March 13, 2012

Isu Semasa 4 ~ Al Quran Dibakar






13 Mac 2012, Dar'a : Selain membunuh dan menyembelih ribuan rakyat Syria, rejim Bashar juga membakar al-Quran kitab suci umat Islam. 

Al Quran, kalamullah yang diturunkan oleh allah melalui perantaraan jibril kepada Nabi Muhammad  S.A.W. Tiada tandingan yang hebat melainkan kitab al quran.






" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "


al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

Monday, March 12, 2012

Isu Semasa 3 ~ Ashdod diserang enam roket dari Gaza





Kita masih bersenang, mereka dihimpit dengan bunyian peluru-peluru demi perjuangkan hak-

hak mereka.






Klip di bawah ini telah di 'upload' oleh angkatan tentera rejim zionis pada hari ini. Klip yang 


bertajuk 'Ashdod diserang enam roket dari Gaza' mengisarkan tentang bunyi siren kecemasan 


seiring bunyi letuapan-letupan dari serangan roket Palestin ke Ashdod.





" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "


al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

Isu Semasa 2 ~ empat serangan, 35 penduduk palestin cedera





GAZA - Tiga serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur rejim zionis awal pagi ini, Isnin(12/03/2012) di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan seramai 35 penduduk mengalami kecederaan. Kebanyakan yang cedera adalah kanak-kanak dan wanita.

Serangan pertama

Menurut pemberita SAFA, pesawat tempur zionis mengebom dua buah rumah , sebuah milik keluarga Hamad dan sebuah lagi milik Abu Al-aish di kawasan 'زمو' sebelah timur laut Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, sumber keamanan berkata kepada SAFA, serangan terbabit menyasarkan seorang komander pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI), namun beliau terselamat dari operasi pembunuhan.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan dalam salinan kenyataannya kepada SAFA bahawa pengeboman ke atas dua buah rumah terbabit mengakibatkan 33 penduduk cedera, sebahagian besarnya dari kalangan kanak-kanak dan wanita. Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital-hospital dan kecederaan yang dialami mangsa-mangsa disifatkan ada yang ringan dan sederhana, kecuali seorang sahaja yang mengalami kecederaan yang parah.

Serangan kedua

Dalam serangan kedua, pesawat zionis menyasarkan sebuah rumah yang berdekatan dengan Masjid Tareq Bin Ziyad di Ash-Shujaieyah sebelah timur bandar Gaza. Berikutan itu, seorang gadis berusia 17 tahun dan pemuda cedera.

Serangan ketiga

Berhubung serangan ketiga, sekumpulan pejuang terselamat dari serangan yang menyasarkan mereka di kawasan Al-Khazindar, sebelah barat laut Gaza.

Serangan keempat

Manakala dalam serangan keempat, pesawat tempur zionis mengebom kawasan 'السناطى' di daerah Abbasan, sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan.

Adham Abu Salmiah memberi kecaman keras ekoran serangan dari rejim zionis yang menyasarkan rumah-rumah awam mengakibatkan puluhan yang cedera di utara Semenanjung Gaza malahan turut menyebabkan kemusnahan besar pusat bantuan dan kecemasan Bulan Sabit Merah. Sebelum ini semasa perang Gaza, rejim zionis telahpun memusnahkan pusat bantuan itu. 


Sumber 12/03/2012, web berita Safa.ps


" DARAH MEREKA TANGGUNGJAWAB KITA "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

* doakan mereka, qunut nazilah amalkan