Pages

Friday, May 4, 2012

MOTIVASI 5 ~ SUBUH HADIAH DARI ALLAH



Assalamualaikum..
saya harap kalian sentiasa di bawah naungan rahmat darinya.
Rasa terpanggil diri ini untuk saya menulis tajuk tentang "SUBUH HADIAH DARI ALLAH"

Solat subuh merupakan salah satu solat yang diwajibkan ke atas umat islam. Tetapi, sebahagian daripada kita mengambil mudah terhadap pelaksanaanya. Bagi seorang lelaki, nilai tertinggi dalam ujian ini ialah SOLAT SUBUH BERJEMAAH manakala nilai ujian tertinggi bagi wanita ialah SOLAT SUBUH tepat waktunya di rumah. Seseorang itu dikira gagal sekiranya mereka tidak solat pada waktu yang ditetapkan oleh Sang Pencipta Makhluk.

DI dalam melaksanakan solat fardu ini, pelbagai ragam yang akan kita dapati, antaranya :
  • Ada yang mengerjakan di masjid
  • Ada yang mengerjakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan dirumah
  • Ada yang mengerjakan solat pada hujung batas waktunya
  • Dan banyak lagi…tetapi yang terbaik ialah :

Mengerjakan salat fardu secara berjemaah di masjid/surau pada awl waktunya.

من حافظ على صلاة الفجر في جماعة فقد، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر وصلاة العشاء. في رواية : مايشهدهما منافق

“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan insyak “

Moga Allah tidak sesekali menjadikan kita termasuk golongan munafiq

Pernahkah kita apabila menghadiri kem-kem motivasi diajukan soalan seperti berikut, sudahkah kamu menunaikan solat subuh?? Ada yang mengangkat tangan, ada yang menyorokkan tangan dan sebagainya.

Dunia yang fana ini, banyak permasalahan yang bila dirujuk. Bersumberkan dari pelaksanaan solat subuh yang diringan-ringankan. Para sahabat Rasulullah s.a.w sekuat tenaga berusaha agar tidak kehilangan waktu emas ini.

Rasulullah s.a.w. apabila meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati.

Di dalam buku karangan Dr Raghib As Sirjani, seorang Yahudi berkata:

“Kami baru takut terhadap umat islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti mengerjakan solat Jumaat”
 Dr Ali Abdus Sami Husain di dalam penulisannya,
 “Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung”.
Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapat kemenangan, kecuali telah terpenuhi semua syarat-syaratnya.
Jaminan Allah bagi mereka yang menjaga solat subuhnya berdasarkan hadis Nabi s.a.w :
“Tidak akan masuk neraka. Orang-orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahati” Riwayat Muslim
Oleh itu, Solat Subuh merupakan hadiah dari Allah s.w.t…dan ia tidak diberikan, kecuali kepada orang-orang yang taat lagi bertaubat.
Hati yang diisi dan dipenuhi dengan cinta kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun untuk solat Subuh? Hati yang tertutup dosa, bagaimana mungkin akan terpengaruh dengan hadith-hadith yang berbicara tentang keutamaan solat Subuh.
Saya berharap, agar kita lebih prihatin dan bertanggungjawab tentang waktu yang ditetapkan Allah s.w.t. Luangkan sedikit masa dengan waktunya. Moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang benar di atas jalannya.

" MADRASAH KEHIDUPAN "
al faqir Ila Rabbihi

*peringatan bersama


No comments:

Post a Comment