Pages

Wednesday, February 29, 2012

Bicara Ilmu 4 ~ KekasihKu tiada tandingan


Sudah lama blog ini tidak diisi di atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Pada 5 Februari yang lalu, kita didatangi satu tarikh bermakna buat seluruh umat Muhammad s.a.w. Pada tarikh tersebut bertepatan dengan 12 Rabiul Awwal 1433. Sejarah membuktikan kepada kita pada tarikh tersebut lahirnya seorang manusia yang terkenal dengan beberapa sifat peribadi seperti  Tabligh(menyampaikan), Siddiq(benar), Fatonah(bijaksana), Amanah(jujur).

Sifat-sifat sedemikian perlulah dipupuk dan diamal di dalam jiwa kita yang menyanjung tinggi kepribadian baginda Rasulullah s.a.w.

Tahukah kita, siapakah sebenarnya penghulu kekasih Allah??


satu kisah mencaritakan ketika mana Allah telah  bertanya kepada para nabi : Man anta ya Ibrahim(siapa kamu)

jawab Ibrahim : Ana Khalilullallah (aku kekasihmu)

Ditanya pula kepada Nabi Ismail : Man anta(siapa kamu)
dijawab Ismail : Ana Zabihullah(aku yang selamat dari sembelihan korban)

Ditanya lagi kepada Nabi Nuh : Man Anta Ya Nuh??
jawab Nabi Nuh : Najihullah( aku diselamatkan allah dalam banjir)

Ditanya lagi kepada Nabi Musa : Man Anta??
jawab musa : Ana Kalimullah ( aku diberi kelebihan berkata-kata denganMu ya Allah)

Ditanya kepada Nabi Isa : Man Anta(siapa kamu wahai Isa)
jawab Nabi Allah Isa : Ana Ruh ullah (aku dicipta secara istimewa daripada Allah)

Akhir sekali, Allah bertanya kepada Muhammad s.a.w : Man Anta??
dijawab baginda Nabi : Ana Yatim wa Ummi( aku anak yatim dan tidak pandai membaca dan menulis)

pada ketika itu, Allah s.w.t memberi gelaran  kepada Baginda Rasul dengan " HABIBULLAH" kekasih Allah.

oleh itu, sayangilah Rasulullah, Cintailah Rasulullah.

Bagaimana nak lahirkan cinta kepada Rasulullah??

a) ingatlah selalu
     * contoh : seandainya kita rindu kepada seseorang, nescaya kita akan selalu mengingatinya. begitulah        jugak kerinduan kita pada Nabi Muhammad s.a.w

b) mengamalkan sunnah rasulullah
      peribadi   : banyakkan senyum, sedekah dll
      keluarga  : ziarah-menziarahi, berlemah lembut dengan suami/isteri
      
c) perbanyakkan selawat demi cinta kepada nabi. 



" Rasulullah Dikasihi, Sunnah Dihayati "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur 


*Salam Maulidur Rasul

                         


Tinta 5 ~ Lahirnya Seorang Pemimpin Keluarga

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar sidang pembaca sekalian??

saya berharap anda bersama-sama keluarga berada dalam keadaan sihat di bawah limpahan rahmat dariNya.

Pembukaan entry kali ini setelah lama bercuti adalah " Lahirnya Seorang Pemimpin Keluarga"

Bercerita mengenai ketua keluarga mestilah berkait rapat dengan seorang insan yang bergelar "Ayah". Tanpa seorang ayah, amat-amat mustahil terciptanya kita di atas muka bumi ini. Kita tidak seperti Nabi Adam yang lahir tanpa ayah, kita juga tidak seperti nabi Isa yang lahir tanpa ayah. Ini kerana, setiap sesuatu yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya tersendiri.

15 Februari, telah lahir seorang insan yang bernama Mohd Abd Shukur Bin Shafie. Selamat Hari Lahir my Father. Tiada ungkapan yang bermakna untuk anakmu ungkapkan, tiada pemberian berharga senilai dengan titik peluhmu yang bercurah-curah memerah keringat, melainkan doa anakmu untuk kebahagian ayahanda dan ibunda di Negeri Kedah tercinta.



Oh! Ayah
dikala malam gelap gelita,
aku bangun dari terjaga,
melihat wajah mu di kaca,
sambil lidah ku tidak berkata.

Kenangan lalu menusuk kalbu,
hanya yang pasti sangat syahdu,
apabila menagis tanpa berlagu,
hanya menanti orang yang sudah pergi berlalu.

Pergimu membawa seribu erti,
terasa bagaikan perit dihati,
tetapi semuanya ketentuan illahi,
hanya yang pasti aku meredhai.

Ku tatap wajahmu semahu-mahunya,
agar duka menjadi rindu kepadaku,
tetapi bila pergi tidak akan kembai ke dunia,
hanya doaku kirimkan untukmu.

Ayah..
Bagaimanakah nasib kau disana?
samada bahagia atau sebaliknya?
ku harap kau ditempatkan di syurga,
supaya jauh dari seksaan neraka.

Maafkan aku ayah selama ini,
kerana terumbang bila kau pergi,
sekarang sudah aku menginsafi,
meneruskan kehidupan di duniawi.

Ayah..
Kehidupan ku makin selesa,
apabila aku menjadi hamba yang taqwa,
hanya yang pasti aku mahu kau bahagia,
agar kau tak terseksa akibat diri ku juga.

Akhir kata dari anak yang tercinta,
aku pasrah ketentuan segalanya,
kini aku bangga menjadi anak yang berjaya,
dan kaulah ayah sinar permata.


Video yang sering ku pasang tatkala bersama dengan IPIM & PTC consultancy




" Ayah Sinar Permata "


* Doakan kejayaan anak-anakmu dunia akhirat