Apa khabar sidang pembaca sekalian??
saya berharap anda bersama-sama keluarga berada dalam keadaan sihat di bawah limpahan rahmat dariNya.
Pembukaan entry kali ini setelah lama bercuti adalah " Lahirnya Seorang Pemimpin Keluarga"
Bercerita mengenai ketua keluarga mestilah berkait rapat dengan seorang insan yang bergelar "Ayah". Tanpa seorang ayah, amat-amat mustahil terciptanya kita di atas muka bumi ini. Kita tidak seperti Nabi Adam yang lahir tanpa ayah, kita juga tidak seperti nabi Isa yang lahir tanpa ayah. Ini kerana, setiap sesuatu yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya tersendiri.
15 Februari, telah lahir seorang insan yang bernama Mohd Abd Shukur Bin Shafie. Selamat Hari Lahir my Father. Tiada ungkapan yang bermakna untuk anakmu ungkapkan, tiada pemberian berharga senilai dengan titik peluhmu yang bercurah-curah memerah keringat, melainkan doa anakmu untuk kebahagian ayahanda dan ibunda di Negeri Kedah tercinta.
Oh! Ayah
dikala malam gelap gelita,
aku bangun dari terjaga,
melihat wajah mu di kaca,
sambil lidah ku tidak berkata.
Kenangan lalu menusuk kalbu,
hanya yang pasti sangat syahdu,
apabila menagis tanpa berlagu,
hanya menanti orang yang sudah pergi berlalu.
Pergimu membawa seribu erti,
terasa bagaikan perit dihati,
tetapi semuanya ketentuan illahi,
hanya yang pasti aku meredhai.
Ku tatap wajahmu semahu-mahunya,
agar duka menjadi rindu kepadaku,
tetapi bila pergi tidak akan kembai ke dunia,
hanya doaku kirimkan untukmu.
Ayah..
Bagaimanakah nasib kau disana?
samada bahagia atau sebaliknya?
ku harap kau ditempatkan di syurga,
supaya jauh dari seksaan neraka.
Maafkan aku ayah selama ini,
kerana terumbang bila kau pergi,
sekarang sudah aku menginsafi,
meneruskan kehidupan di duniawi.
Ayah..
Kehidupan ku makin selesa,
apabila aku menjadi hamba yang taqwa,
hanya yang pasti aku mahu kau bahagia,
agar kau tak terseksa akibat diri ku juga.
Akhir kata dari anak yang tercinta,
aku pasrah ketentuan segalanya,
kini aku bangga menjadi anak yang berjaya,
dan kaulah ayah sinar permata.
Video yang sering ku pasang tatkala bersama dengan IPIM & PTC consultancy
" Ayah Sinar Permata "
* Doakan kejayaan anak-anakmu dunia akhirat
No comments:
Post a Comment