Pages

Friday, May 18, 2012

Copy 4 ~ Sayang Ibu Ayah

Assalamualaikum

Renungan bersama :)

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. 




Thursday, May 10, 2012

Copy 4 ~ Fahami Batasan Aurat Mudah

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ini, saya hanya ambk gambar dari internet dan kongsi bersama..
supaya kita sama-sama dapat faedahnya.

Allah berfirman yg bermaksud : "Katakanlah wahai wanita yg BERIMAN :'Hendaklah mereka menahan 
pandangannya dan kemaluannya,serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yg (biasa) 
nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya.Dan janganlah menampakkan 
perhiasannya kecuali kepada SUAMI mereka,atau AYAH mereka,atau AYAH SUAMI (bapa mertua),atau 
PUTERA-PUTERA mereka (anak-anak lelaki),atau PUTERA-PUTERA SUAMI mereka (anak tiri),atau 
SAUDARA-SAUDARA LELAKI mereka (adik-beradik lelaki),atau PUTERA-PUTERA SAUDARA 
LELAKI mereka (anak saudara lelaki bagi adik lelaki atau abang),atau PUTERA-PUTERA SAUDARA 
PEREMPUAN mereka (anak saudara lelaki bagi adik perempuan atau kakak),atau WANITA-WANITA 
ISLAM,atau budak-budak yg mereka miliki,atau pelayan-pelayan lelaki yg tidak mempunyai keinginan 
(terhadap wanita) atau anak-anak yg belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan 
kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah.hai 
orang yg BERIMAN supaya kamu BERUNTUNG." (Surah al-Nur 24:31)









" Hamba Prihatin "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

Tuesday, May 8, 2012

Motivasi 6 ~ I'rab Hati




Assalamualaikum w.b.t…
apa khabar kalian semua??

Bagi mereka yang baru pertama kali mengunjungi blog ini, selamat datang saya ucapkan, manakala yang sering mengikuti perkembangan di sini, terima kasih dan teruskan berziarah..semoga apa yang baik itu diambil dan yang kurang itu ditinggal sahaja di halaman ini. J

Untuk kali ini, saya bawakan pada kalian dengan I’rab hati (إعرب القلوب) ataupun dengan makna yang lain pembahagian/ keadaan hati(احوال القلوب)

Bagi mereka yang mempelajari bahasa arab, mereka tidak terlepas dengan perkataan I’rab. Tujuan I’rab ini adalah untuk kita mengetahui cara bagaimana hendak membaca, menulis dengan baik di dalam bahasa arab.

*tidak perlu mengulas panjang..hehee

إعراب القلوب على اربعة انواع ( I’rab hati ini ada 4 jenis)

Pertama

Rafa’(رفع)
Makna rafa’ iaitu mengangkat. Iaitu mengangkat hati kita kepada Allah s.w.t

Bagaimana perlaksanaannya??
  • Iaitu dengan kita zikrullah atau mengingatinya dengan mulut, lisan, hati, dan seluruh anggota badan kita.
  • Iaitu kita sentiasa bertahmid, bertasbih, dan bertakbir kepadanya.

Tanda-tanda rafa’ (علامة الرفع) ada tiga, iaitu :
  • (موافقة السنة) iaitu kita melaksanakan serta menghayati sunah rasulullah s.aw baik dari segi perkataan, perbuatan, ketetapan nabi, akhlak baginda dan kehidupannya.
  • Rindu kepada Allah dan hari akhirat
  • Melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Allah dan meninggal apa yang ditegah


Kedua

Fath(فتح)
Makna Fath iaitu membuka. 

Bagaimana perlaksanaannya??

Iaitu dengan setiap masa, setiap detik, tempat, keadaan kita dengan Allah s.w.t

Tanda-tanda fath(علامة الفتح) ada tiga :
  •              Tawakkal
  •              Jujur
  •              Yakin


Untuk bab khafadh dan waqaf yang akan diterangkan di bawah ini, dua jenis ini kita perlu hilangkan daripada diri kita kerana ia boleh dikategorikan dengan sifat mazmumah

Ketiga

Khafadh(خفض)
Makna khafadh iaitu menurunkan. Iaitu ketika mana hati kita lalai dari Allah s.w.t

Tanda-tanda khafadh(علامة الخفض) ada tiga juga, iaitu :
  • Ujub
  • Riak
  • Mengutamakan urusan dunia lebih daripada urusan akhirat(الانشغال بالدنيا)


               Keempat
           
             Waqaf(وقف)
             Makna waqaf ialah berhenti. Iaitu hati kita berhenti daripada cayaha serta petunjuk Allah.
         
              Tanda-tanda waqaf (علامة الوقف) juga ada tiga, iaitu :
  • Tidak ada rasa kemanisan apabila menyebut nama Allah
  • Tidak rasa pahit dengan perkara maksiat
  • Menyamakan perkara halal dengan yang haram dan sebaliknya.


" MADRASAH KEHIDUPAN "

al Faqir Ila Rabbihi
Izzat Shukur

* Kitab Tasauf




Monday, May 7, 2012

Copy 3 ~ bermula 3 tanda manusia hebat







Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

... Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.





from facebook..

Friday, May 4, 2012

MOTIVASI 5 ~ SUBUH HADIAH DARI ALLAH



Assalamualaikum..
saya harap kalian sentiasa di bawah naungan rahmat darinya.
Rasa terpanggil diri ini untuk saya menulis tajuk tentang "SUBUH HADIAH DARI ALLAH"

Solat subuh merupakan salah satu solat yang diwajibkan ke atas umat islam. Tetapi, sebahagian daripada kita mengambil mudah terhadap pelaksanaanya. Bagi seorang lelaki, nilai tertinggi dalam ujian ini ialah SOLAT SUBUH BERJEMAAH manakala nilai ujian tertinggi bagi wanita ialah SOLAT SUBUH tepat waktunya di rumah. Seseorang itu dikira gagal sekiranya mereka tidak solat pada waktu yang ditetapkan oleh Sang Pencipta Makhluk.

DI dalam melaksanakan solat fardu ini, pelbagai ragam yang akan kita dapati, antaranya :
  • Ada yang mengerjakan di masjid
  • Ada yang mengerjakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan dirumah
  • Ada yang mengerjakan solat pada hujung batas waktunya
  • Dan banyak lagi…tetapi yang terbaik ialah :

Mengerjakan salat fardu secara berjemaah di masjid/surau pada awl waktunya.

من حافظ على صلاة الفجر في جماعة فقد، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر وصلاة العشاء. في رواية : مايشهدهما منافق

“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan insyak “

Moga Allah tidak sesekali menjadikan kita termasuk golongan munafiq

Pernahkah kita apabila menghadiri kem-kem motivasi diajukan soalan seperti berikut, sudahkah kamu menunaikan solat subuh?? Ada yang mengangkat tangan, ada yang menyorokkan tangan dan sebagainya.

Dunia yang fana ini, banyak permasalahan yang bila dirujuk. Bersumberkan dari pelaksanaan solat subuh yang diringan-ringankan. Para sahabat Rasulullah s.a.w sekuat tenaga berusaha agar tidak kehilangan waktu emas ini.

Rasulullah s.a.w. apabila meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati.

Di dalam buku karangan Dr Raghib As Sirjani, seorang Yahudi berkata:

“Kami baru takut terhadap umat islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti mengerjakan solat Jumaat”
 Dr Ali Abdus Sami Husain di dalam penulisannya,
 “Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung”.
Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapat kemenangan, kecuali telah terpenuhi semua syarat-syaratnya.
Jaminan Allah bagi mereka yang menjaga solat subuhnya berdasarkan hadis Nabi s.a.w :
“Tidak akan masuk neraka. Orang-orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahati” Riwayat Muslim
Oleh itu, Solat Subuh merupakan hadiah dari Allah s.w.t…dan ia tidak diberikan, kecuali kepada orang-orang yang taat lagi bertaubat.
Hati yang diisi dan dipenuhi dengan cinta kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun untuk solat Subuh? Hati yang tertutup dosa, bagaimana mungkin akan terpengaruh dengan hadith-hadith yang berbicara tentang keutamaan solat Subuh.
Saya berharap, agar kita lebih prihatin dan bertanggungjawab tentang waktu yang ditetapkan Allah s.w.t. Luangkan sedikit masa dengan waktunya. Moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang benar di atas jalannya.

" MADRASAH KEHIDUPAN "
al faqir Ila Rabbihi

*peringatan bersama