Pages

Saturday, January 21, 2012

Isu Semasa 1 ~ Cara Baru Demo di Morocco

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini, bumi Morocco(Maghribi) mendapat liputan seluruh dunia mengenai satu demo jalanan yang melibatkan nyawa seorang manusia. Bagi saya, demo ini merupakan cara terbaru bagi mereka yang sentiasa menuntut hak-hak mereka sebagai seorang anak jati Morocco.

salah seorang peserta

Jika anda masih belum ketahui, boleh klik disini :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5tiadakerjabakardiri/Article

Ok....sekarang kita telah ketahui mengenai 5 orang penganggur membakar diri di ibu kota Maghribi(Morocco). Ibu kota Maghribi ialah di wilayah Rabat.

Sepanjang keberadaan saya di Morocco, wilayah Rabat merupakan salah satu wilayah yang aktif dengan demontrasi jalanan. Menjadi kebiasaan bagi mereka yang melakukan aktiviti ini akan berhimpun di hadapan bangunan pentadbiran Morocco(Parlimen).



Tanpa mengulas lanjut, mari kita saksikan rakaman dari atas gedung Kementerian Pendidikan Negara :





" Bumi Andalus "

al Faqir
Izzat Shukur

Monday, January 16, 2012

Tinta 4 ~ Akal Yang Hebat

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu, 20 Safar 1433H
Pintu Masuk Morocco Mall

Entry kali ini berkaitan perjalanan saya bersama teman-teman seperjuangan ke Casablanca, Morocco.

Kami mula bertolak pada pukul 1.30 tgh ke Casablanca. Perjalanan mengambil masa satu jam dari tempat saya Muhammedia ke Casablanca.

Destinasi kami di Casablanca adalah Morocco Mall. Moroccol Mall ini merupakan salah satu Markaz Tijari (Pusat membeli belah) yang pertama terbesar di Benua Afrika dan merupakan pusat membeli belah ke-4 di dunia yang terbesar.

Moga Markaz Tijari ini dapat menyumbangkan hasil ekonominya kepada dunia islam dan juga dapat membantu perjuangan islam di atas muka bumi Allah ini.

Bagi saya insan yang fakir ini, Morocco Mall bukanlah satu bangunan yang perlu digahkan bahkah disanjung, tetapi apabila sepanjang keberadaan saya di dalam Morcco Mall ini banyak perkara bermain di dalam kotak minda saya.

Antaranya ialah, kehebatan Allah s.w.t menciptakan manusia serta memberikan akal untuk manusia berfikir. Di sini, kita dapat lihat pelbagai sturuktur binaan yang telah dibina seperti akuarium di tengah pusat membeli belah, air pancut berirama dan sebagainya. Hebatnya Akal yang diberikan Allah kepada hambaNya. Pandulah akal kita kearah mencapai redha Ilahi. I.Allah

akuarium
Antara perkara menarik perhatian saya ialah, apbila masuknya waktu solat,  kedengaran laungan Azan bergema di setiap corong-corong speaker di pusat membeli belah. Pada ketika itu, kelihatan beberapa pengunjung dari negara jiran seperti Spain, France yang bukan beragama islam turut menghormati panggilan solat tersebut. Moga mereka memperolehi hidayah untuk memasuki dunia Islam. I.Allah
Musolla Morocco Mall

Moga perjalanan sepanjang hari ini dapat redha ilahi dan jadikan kami orang-orang yang berfikir tentang apa yang kamu ciptakan serta kehebatanMu Ya Allah.





" BERFIKIR SEJENAK "

al faqir
Izzat Shukur

Thursday, January 12, 2012

Bicara Ilmu 3 ~ Cantiknya "Awak"

Assalamualaikum w.b.t

Cantiknya "Awak" 
jika awak berpakaian seperti apa yang diajar di dalam ISLAM.

Ramai orang diluar sana apabila melihat wanita-wanita yang membudayakan diri mereka dengan budaya agama begitu kagum terhadap mereka.

Mengapa ??
kerana mereka berjaya mengikut apa yang disuruh syara' dan meninggal apa yang dilarang syara'
kerana mereka berjaya mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W
kerana mereka berjaya mendidik diri serta jiwa mereka dengan perintah Allah
kerna mereka berjaya untuk mudah dikenali
dan sebagainya

Cuba bayangkan diri anda seperti ini :

Gambaran Sahaja
* Anda orang bijak untuk membuat kesimpulan ini *

Perasaan rasa kurang selesa mesti mengalir dalam jiwa anda, jika anda terus untuk memakan lolipop tersebut ataupun ada kemungkinan anda terus membuang lolipop tersebut.

Manusia dianugerahkan akal oleh  Allah untuk kita sama-sama menilai.

Cuba bayangkan pulak diri seperti ini :



aloww...aku x minat tudung bulat la??  macam mna

ini pulak bukan tudung bulat...

HAh....baru CANTIKNYA "AWAK"
cukuplah dua jenis tudung yang penulis bawakan kepada kalian yang menetapi syara'

"Pilihan Di Tangan Anda"


Mari berfikir sejenak dengan kata-kata indah ini :

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59 :

" Hai Nabi, katakankah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang"





Sabda Rasulullah s.a.w :


"Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelalaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (Riwayat Muslim)



Tegahlah mereka dari pakaian-pakaian sebegini :




" USAHA MENCAPAI REDHA ALLAH"

al-faqir
Izzat Shukur

Wednesday, January 11, 2012

Motivasi 3 ~ Tinta 2012 (Rancang)

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar anda kalian??
Tinta 2012 menjadi maudu'(tajuk) pembuka tirai tahun 2012, penulis mengucapkan " Ahlan Wasahlan 2012 ".
Moga tahun ini merupakan tahun yang terbaik bagi tahun-tahun yang lalu. I.Allah...

Apakah perancagan anda untuk tahun 2012??
Sudahkah anda membina gambaran kehidupan 2012??

Mungkin anda tartanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan perancangan ataupun membina gambaran 2012 ??

Apa yang ingin disampaikan ialah, adakah anda telah membina strategi kehidupan seharian, mngguan, bulanan  ataupun tahunan anda. Jika belum, anda masih belum terlambat untuk membina strategi kehidupan ini.

Mengapa perlu kepada strategi kehidupan ??

Ungkapan "Strategi"  menjadi sebutan manusia di dalam ilmu peperangan, pembelajaran dan sebagainya.  Sebagai contoh di dalam peperangan baginda Rasulullah S.A.W. Baginda turut membina strategi peperangan untuk menempuh pihak musuh.

STRATEGI KEHIDUPAN juga amatlah diperlukan untuk diaplikasikan dalam tentatif seharian kita. Dengan adanya strategi ini, kita mampu jadikan diri kita istiqamah(berterusan) setiap apa yang kita rancang dengan izin-Nya.InsyaAllah.

Rancanglah "Strategi Kehidupan" anda kearah kebaikan mengikut nas-nas syara' dan hukum hakam yang ditetapkan di dalam agama Allah yang murni ini(ISLAM).

Sebagai contoh :

          aktiviti harian      : Membaca Al- Quran 3 helai sehari dan sebagainya.
          aktiviti mingguan : Membantu Ibu Bapa dihujung minggu dan sebagainya.
          aktiviti bulanan    : Cuba untuk bangun qiamullail dan sebagainya.
          aktivti tahunan     : Menghabiskan satu juzuk al-quran mahupun surah-surah pilihan dan sebagainya.


" Kita Merancang, Allah Juga Merancang, Dan Allahlah sebaik-baik perancang "





al-Faqir
Izzat Shukur