Pages

Sunday, June 30, 2013

Mesyuarat Pentadbiran PMMM 2012/2013



Rabat- 29 Jun 2013 rasanya inilah kali terakhir aku ber'meeting' bersama pihak kedutaan besar Malaysia di Maghribi. Sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap persatuan, inilah usaha kecil terakhir aku buat PMMM.

Mesyurat kali ini hanyalah sekadar berkongsi maklumat semasa dan pembentangan kertas kerja aktiviti persatuan yang berbaki bagi sesi pentadbiran 2012/2013. InsyaAllah pertengahan bulan Julai nanti, maka berakhirlah sesi ini dan dinamakan pulak sesi pentadbiran 2013/2014. Didoakan supaya sesi hadapan mampu membuat rekod yang cemerlang berbanding sesi pentadbiran tahun ini. 

Antara yang turut serta dalam mesyuarat kali ini, Tengku Sirajuzaman (Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi), En Abdul Rahman bin Adun (Setiausaha Ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi), dan saudara Luqman bin Zulkifli (Bendahari Agung PMMM).

Berita baik warga PMMM, alhamdulillah, berkat usaha dan doa kalian serta kepercayaan kalian terhadap persatuan, kita PMMM telah diberikan dana yang mampu menampung beberapa kos aktiviti-aktiviti besar persatuan. Semoga kita lebih sukses terhadap persatuan PMMM.

p/s : Terima kasih kepada individu yang terlibat dalam membantu permohonan ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.


dari kiri : Luqman, En Abdul Rahman dan Tengku Sirajuzaman




buat_aku_tersenyum
alFaqir Ila Rabbihi
30 Jun 2013
Rabat-Maghribi


* malam ini akan bermusafir ke Sepanyol dalam siri Kembara Andalus. Doakan semoga dipermudahka urusan.




Friday, June 28, 2013

Passport Hilang, Apa Perlu Buat??

nyawa sang musafir


Awal-awal pagi telefon bimbit sudah berdering. Selalunya "time-time' macam ni emergency case sahaja yang berlaku" bicaraku bersendirian. Nama Saifuddin aka Udin pelajar di Kota Marakesh membuat panggilan :

Udin : Assalamualaikum, labas(apa khabar) syikh??
alFaqir : Wassalam, alhamdulillah sihat, amacam kau sihat?
Udin : Alhamdulillah, kawan-kawan sihat?
alFaqir : Alhamdulillah, clear-clear. semua sihat.

********nada berubah

Udin : Ana nak bagitau anta, ada sorang pelajar Malaysia bercuti di Morocco, sedar-sedar passport dia hilang di hotel, macam mana nak buat?
alFaqir : aku pun tak tau, dah cuba call pegawai kedutaan?
Udin : Dah, tapi tak angkat

alFaqir : tidor lagi kot...dont worry, nanti aku call tanya prosedur macam mana. ok?
Udin : ok.. errmm....tapi sekarang dia nak berjalan ke sohra(padang pasir) dengan travel agen. apa pandangan?
alFaqir : (aku dengan nada tak bersalah) suruh dia tunda ja perjalanan ke sohra. Lepas-lepas ni boleh mai lagi. Dah report polis?
Udin : Belum lagi, kena report ka syikh?
alFaqir : setahu aku kalau kes sebelum ini senior kita report polis. kau report ja.
Udin : ok2, nanti aku pergi report.
alFaqir : ok, apa-apa kau roger ok
Udin : ok. assalamualaikum
alFaqir : wassalam

*******************************************

Bagaimanala perasaan kita berada pada situasi macam tu?? mungkin !!
* gelisah
* gelabah
* hidup tak tentu arah dan sama waktu dengannya
* tak dapat pulang ke tempat asal pengajian
* yang lebih berat, macam mana nak balik ke tanah air (ohh rindunya) hehe..(tambahan)

Think positive, 
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin Allah nak perkenalkan Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi(PMMM) kepada beliau(promote persatuan), mungkin Allah nak kenalkan beliau dengan pelajar Malaysia di Maghribi. waallahu a'lam.

Jom kita belajar satu kaedah mudah ini:

" Tak Tahu Kita Tanya, Bukan Buat-Buat Tahu "

Allah s.w.t telah memberi satu kaedah kehidupan dengan menyebut di dalam Surah An Nahl ayat 43:

قال الله تعالى : فسئلوا أهلَ الذِّكرِ إن كُنتم لا تعلمون
"maka tanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui"

Maka dengan itu, 5 tindakan yang perlu diambil(jika hilang di Morocco/Maghribi :
1) Report Polis
2) Sediakan salinan passport
3) Sediakan dua gambar passport(latar belakang putih)
4) Sediakan setem 20 Dh(dirham)
5) Terus ke kedutaan Besar Malaysia di Maghribi(terletak di wilayah Rabat)

* Lima tindakan ini hanya alFaqir khususkan di bumi Morocco

p/s : bagi mana-mana pelajar yang ingin bermusafir ke negara luar, pastikan kita mengambil maklumat kedutaan negara yang ingin kita musafir, dan dapatkan serba sedikit maklumat persatuan pelajar di negara berkenaan..

Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan beliau :)

buat_aku_tersentum
alFaqir Ila Rabbihi
28 Jun 2013
Casablanca- Maghribi

Thursday, June 27, 2013

Satu Hari Dalam Sejarah

Assalamualaikum w.b.t

Ini merupakan post pertamaku, doakan supaya alFaqir dapat istiqamah berkongsi cerita suka dan duka rencam kehidupan bersama pembaca kalian.

Hari ini dalam sejarah alFaqir bersama teman-teman sepengajian menghadiri peperiksaan akhir sem 6 bagi mata pelajaran Perbentangan/Perbahasan Tesis akhir ijazah pengkhususan Al Quran dan Hadis. Perbahasan ini meliputi setiap gerak kerja yang telah kita laksanakan, isi penting yang terdapat di dalam tesis kita, dan yang lebih penting sekali ialah bahagian pengambilan hadis daripada kitab-kitab.

Seperti yang kita sedia maklum, ilmu hadis bukanlah satu ilmu yang begitu mudah 'dicedok' dan terus disampaikan kepada masyarakat, bahkan ia merupakan satu ilmu yang perlu diteliti secara mendalam dan halus sebelum pengambilannya berlaku. Tetapi, dengan berkat keberkatan Imam-imam hadis yang terkemuka seperti Imam Al Bukhari(256H), Imam Muslim(261H), Imam Abu Daud(275H), Imam Tirmizi(279H), Imam Nasa'i(303H), Imam Ibnu Majah(273H), dan lain-lain lagi, ia merupakan satu usaha murni yang begitu mudah untuk diambil sebagai rujukan muktabar. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama para auliya. Amiiin!!

Dalam usaha menyiapkan tesis, alFaqir tidak terlepas dengan pelbagai rintangan dan halangan. Begitu juga teman-teman yang lain. Halangan 'murni' ini jika dilayan sudah tentu tidak akan sampai ke penghujungnya. Mak Ayah, penyelia tesis serta kawan-kawan mereka lah penyelamat dari lalai dan alpa. Terima Kasih semua!!

Pengajaran :

" Kawan biar beribu, musuh katakan tak perlu "

Penyelia Tesis alFaqir : Al Fadhil Al Qari Dr Zakariya Faid
Pembahas : Al Fadhil Dr Nabil Al Qhumari & Al Fadhil Al Qari Dr Zakariya Faid 

Pesanan yang telah diberikan,

1) Beramalah dengan apa yang kamu pelajarilah;
2) Pulang ke tanah air, sampaikan apa yang telah dipelajari;
3) Amanahlah dengan ilmu.

Alhamdulillah, walaupun pada awalnya agak gementar, tetapi dengan kekuatan teman-teman Malaysia dan Maghribi, segalanya berjalan dengan lancar. Syukur padaMu ya Robb.

Terima kasih kepada sesiapa yang membantu secara langsung mahupun tak langsung dalam menyiapkan tesis peringkat akhir ini.

alFaqir hadiahkan sumbangan kecil ini buat:
:إلى من كان ينيرلي سبل العلم والمعرفة
والدي محمد عبد الشكور بن شافعي حفظه الله
buat ayah pembakar semangat (MOHD ABD SHUKUR BIN SHAFIE)

إلى من ربتني صغيرا وأشربتني حبا ومشاعر
والدتي الغالية نور عيني بنت بهاري حفظها الله
buat ibu tercinta (NORAINI BINTI BAHARI)

إخواني وأسرة أكرمهم الله

إلى كل مسلم عن ثغرة يسدها في خدمة هذه الأمة
.لى كل هؤلاء ثمرة هذا البحث العلمي المتواضع، نفع الله به، وعفا عن صاحبه

kawan-kawan pembakar semangat
Dup dap!! Dup Dap 
alFaqir bersama Dr Nabil dan Haeqal Ishak(maad mari)
:)
santai bersama kaawan indonesia sebelum masuk dewan munaqashah




buat_aku_tersenyum
alFaqir Ila Rabbihi
17 Jun 2013
Casablanca- Maghribi